top of page

Syor tambah baik Jalan Raya Timur-Barat ke Kabinet esok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 1 min read

Langkah untuk menambah baik keadaan laluan di Jalan Raya Timur-Barat yang dilaporkan banyak kerosakan termasuk tidak mempunyai garisan putih akan dibawa ke mesyuarar Kabinet minggu ini.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya yang mengambil serius tentang aspek keselamatan akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi meneliti langkah segera boleh diambil bagi menangani masalah tersebut.

"Perkara ini akan saya bangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok pagi untuk kita melihat apakah langkah-langkah segera yang boleh diambil untuk menambah baik," katanya dipetik selepas merasmikan CruiseWorld Malaysia 2025 di George Town, Pulau Pinang hari ini.


Terdahulu dalam hantaran di Facebook, Loke berkata kerajaan sedang merangka dasar baharu termasuk pelaksanaan mandatori pengehad kelajuan pada kenderaan berat, sebagai langkah memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.


"Polisi ini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk menutup sebarang ruang manipulasi selepas ia dikuatkuasakan kelak," ujarnya.


Dalam kejadian pada awal pagi Isnin lalu seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke pusat pengajian tinggi awam itu terbabit dalam nahas setelah terbalik di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, Perak.


Bas sewa khas yang membawa penuntut UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.


Tragedi itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang MPV jenis Perodua Alza.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page