top of page

Syed Saddiq main isu telah dijawab kerajaan, kelirukan rakyat



Pembangkang kuasa ketiga (the third force) Syed Saddiq Abdul Rahman seolah olah mahu membawa pembaharuan dalam politik semak imbang menghadapi Kerajaan Madani, bagaimanapun hujah terbaharu beliau amat mengecewakan kerana saling tidak tumpah seperti kaedah pemimpin PN membangkitkan isu.


Kaedah PN adalah menyerang bertali arus isu yang telah dijawab oleh kerajaan kemudian membayangkan seolah olah isu tersebut tidak pernah dijelaskan sehingga memperdaya orang Melayu yang kurang memeriksa maklumat yang mereka terima.


Sehubungan itu, menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, Syed Saddiq tidak ikhlas dalam membangkitkan isu. Contohnya, kata beliau, dalam hal peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang masih tidak diperolehi. Hal itu berlaku kerana pembangkang tidak pernah merundingkannya dengan kerajaan.


"8 Mei lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof telah menyebut pihak pembangkang kena bagi cadangan kalau nak dapat peruntukan Ahli Parlimen.


"Jadi proses itu dah ada. Selesaikan rundingan. Tetapi masalahnya hari ini pihak pembangkang masih belum lagi beri cadangan.


"Jadi kepada Syed Saddiq dan juga yang lain kalau nak tahu kenapa Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat peruntukan, tanyalah Ketua Pembangkang," katanya dalam siaran media di Tiktok.


Begitu juga dalam hal pengisytiharan harta, kata Fahmi, Syed Saddiq membangkitkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari lalu bahawa semua ahli kabinet wajib isytihar harta.


Hal itu, kata Fahmi, telah dilakukan dalam kalangan Pakatan Harapan dan untuk parti komponen lain sedang berlangsung.


"Bab isytihar harta, PM dah kata dalam tindakan bersama agensi. PM sendiri telah isytihar harta Oktober 2022 dengan aset berjumlah lebih RM11 juta. Saya dah isytihar, Syed Saddiq dah isytihar. Yang PM jawab Januari lalu maksudnya proses itu sedang berjalan untuk rangka semula proses isytihar harta," katanya.


Untuk tuduhan kononnya PM berjanji kes rasuah tidak akan digugurkan, Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata Syed Saddiq tidak bercakap berdasarkan konteks kenyataan dibuat, iaitu ketika rundingan untuk melantik Datuk Seri Anwar sebagai PM pada 2021 lalu, dengan syarat menggugurkan tuduhan tertentu dan hal itu telah ditolak oleh beliau.


"Bermaksud Datuk Seri Anwar bercakap dalam konteks usaha beliau pada tahun 2020 (hingga 2021), bukan lepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan.


"Kita kena ingat Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU 15, atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk selesaikan masalah parlimen tergantung.


"Untuk sebarang DNAA (kes dilepas tanpa dibebas), sama ada kes Datuk Seri Zahid atau Muhyiddin, kerajaan tidak terlibat. Peguam Negara telah jelaskan, budi bicara Peguam Negara di bawah perkara 145 (3) Perlembagaan atau mungkin Syed Saddiq yang tak boleh terima perkara ini," katanya lagi.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page