top of page

Syed Saddiq khianati mandat rakyat, politik tiada hala tuju



Tindakan Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman membawa partinya meninggalkan Kerajaan Perpaduan dianggap mengkhianati mandat rakyat


Menurut pemimpin KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, tindakan tesebut jelas membelakangkan pengundi Pakatan Harapan (PH) yang menyokong beliau di kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum lalu.


Tindakan sama juga, katanya, mensabotaj usaha untuk memulihkan keharmonian serta ekonomi negara yang telah rosak di era pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini.


"Langkah politik tidak bertanggungjawab Syed Saddiq ini sedikit sebanyak menganggu usahaha Kerajaan Perpaduan dalam usaha memulihkan keadaan.


"Sedarlah bahawa kemenangan Syed Saddiq di Parlimen Muar, adalah daripada sikap tolak ansur rakan PH. Syed Saddiq diberi laluan mudah oleh PH untuk bertanding. Sokongan para pengundi PH mengangkat kemenangan dia.


"Namun sifat angkuh Syed Saddiq, menyebabkan dia tidak boleh membezakan antara intan dan kaca," katanya dalam satu kenyataan.


Abang Zulkifli yang juga Ketua Cabang Batang Lupar membidas Syed Saddiq kerana lupa diri akibat sokongan kelompok kecil ahli politik di belakangnya.


Katanya, sikap Syed Saddiq itu juga tidak menggambarkan politik baharu anak muda yang dibawanya selama ini.


"Mengangkat anak muda ini untuk memimpin di masa depan tidak akan menguntungkan negara. Justeru, saya mengajak para penyokongnya terutama sekali rakan-rakan Muda di Sarawak tidak lagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq yang ternyata tidak mempunyai hala tuju, melainkan hanya berpolitik untuk kepentingan diri sendiri .


"Sedangkan Kerajaan Perpaduan sedang berhadapan tanggungjawab lebih besar menjayakan agenda pembangunan. Dalam konteks Sarawak kita perlu menyokong Kerajaan Perpaduan serta Kerajaan Negeri untuk menjayakan sepenuhnya perundingan tuntutan kita dalam perkara MA63 (Perjanjian Malaysia)," katanya.


Tegas Abang Zulkifli lagi, anggota Muda di Sarawak selepas ini perlu bermuhasabah dan mengalihkan sokongan mereka kepada mana mana wadah lain yang lebih fokus kepada perjuangan membela rakyat dan bukannya hanya berpolitik semata mata.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page