top of page

Syed Saddiq bersalah, dihukum 7 tahun penjara, denda RM10j



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 30, bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tiga tahun lalu.


Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


"Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah.


"Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan," katanya dipetik Bernama.


Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah secara menyalahgunakan dana itu.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri berupa wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.


Syed Saddiq turut berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang didakwa merupakan hasil daripada aktiviti haram.


Dengan itu, Presiden Muda tersebut dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan denda RM10 juta.


Bagaimanapun Hakim Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat di Mahkamah Rayuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page