top of page

Syarikat telco dilarang kenakan caj tambahan untuk akses 5G



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi amaran kepada syarikat telekomunikasi (telco) agar tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G


Amaran itu dilontarkan ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan televisyen berasaskan langganan, ‘OK Vision’ di Kuala Lumpur pada Isnin.


Tambah Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G dan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang dikesan melakukannya.


"Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.


"Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan," katanya dipetik.


Fahmi sementara itu menggesa pertumbuhan industri media digital di negara ini bagi mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan komunikasi.


Pertumbuhan industri media digital jelasnya kepada ekonomi Malaysia, menyumbang kepada penjanaan hasil, pekerjaan, inovasi dan daya saing global.


"Berdasarkan ekosistem digital yang terus berkembang, impak ekonomi media digital dijangka meningkat, seterusnya membentuk kedudukan Malaysia dalam ekonomi digital global," tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page