top of page

Sweden perlu tangani insiden bakar al Quran, Islamofobia - AMK



Kerajaan Sweden digesa menangani insiden ahli politik berhaluan kanan negara itu Rasmus Paludan membakar al Quran di Stockholm kelmarin sebagai satu kesalahan serius, bukan menganggapnya sebahagian daripada hak kebebasan bersuara.


Hal itu ditegaskan Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Fakharuddin Moslim. Beliau berkata insiden ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark membakar kitab suci umat Islam dikecam sekeras kerasnya oleh AMK senada dengan muslim di seluruh dunia.


"Tindakan membakar al-Quran tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk kebebasan bersuara (freedom of speech), tetapi ini adalah tindakan yang menyemai kebencian terhadap orang Islam.


"Kami menyeru kerajaan serta pihak berkuasa Sweden untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mengekang jenayah Islamofobia yang dicetuskan. Tindakan tegas perlu diambil ke atas pelaku, dan memulakan usaha yang drastik bagi menangani sentimen yang menyasarkan komuniti Islam dan Islamofobia yang semakin berkembang khususnya di dunia Barat.


"Kami juga menggesa semua negara serta pertubuhan antarabangsa mengambil langkah konkrit sebagai solidariti menentang Islamofobia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakharuddin Moslim

Tegas Fakharuddin lagi, dunia harus bersuara lantang menghadapi kebiadaban dan keceluparan ahli politik seperti yang berlaku di Sweden itu dan menjadikan Islamofobia sebagai satu jenayah yang ditolak oleh majoriti penduduk dunia.


Katanya, sejak 11 September 2001, Islamofobia telah tersebar dengan meluas dan kebencian itu ditambah dengan sikap ahli politik sayap kanan Barat yang mengapi apikan penyokong mereka dengan retorik jahat demi kepentingan politik.


"Islam adalah sebuah agama yang mementingkan keamanan, tetapi malangnya masih ramai lagi masyarakat terutamanya di Barat yang menyokong Islamofobia atas dasar politik sempit mereka.


"Kita juga berharap kerajaan Sweden bertindak dengan lebih tegas terhadap golongan pelampau perkauman yang membuat tindakan provokasi melampau serta mendidik masyarakat mereka untuk membenci Islamofobia demi kedamaian semua," katanya lagi.


Tindakan membakar al Quran oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan telah menimbulkan bantahan besar negara Islam.


Setakat ini Turkiye telah membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden ke negara Islam Eropah itu kerana membantah sikap Sweden yang bertoleransi terhadap Islamofobia.


Paludan pada tahun lalu pernah mengumumkan idea “pelancongan” membakar al-Quran semasa bulan suci Ramadan yang dibantah minioriti Islam di Eropah dan mencetuskan rusuhan di Sweden.


Sabtu lalu Paludan membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page