top of page

Susun kekuatan parti menuju PRU 15 - Rodziah



Keputusan yang tidak memihak kepada Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail sebagai Ketua Wanita KEADILAN tidak melemahkan semangat beliau untuk terus menyumbang khidmat kepada parti, rakyat dan negara.


Menurut Rodziah, beliau akan meneruskan khidmatnya dalam ruang lingkup yang diberikan mandat oleh anggota dan rakyat.


"Menang atau kalah, saya tetap terus berkhidmat kepada parti seperti biasa. Saya doakan semua anggota dan kepimpinan baharu terus kekal bertanggungjawab, amanah dan konsisten di mana sahaja kalian berada.


"Ingat ya, jangan berhenti berusaha. Apa saja yang boleh dibuat, kita tetap akan usahakan. #WanitaPerluLagi," katanya.


Bagaimanapun beliau berkata, Agenda Regenerasi Wanita KEADILAN yang dibawanya dalam kempen mungkin tidak dapat dilaksanakan kali ini namun tetap mahukan seluruh Wanita KEADILAN berpadu di bawah Ketua Wanita baharu bagi merangka persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


"Biarpun Agenda Regenerasi Wanita KEADILAN tidak dapat dijelmakan di peringkat Pusat di bawah kepimpinan saya, namun ia tetap akan disuaikan pada skala Cabang Shah Alam yang saya pimpin dan perjuangan ini akan diteruskan oleh 20 calon MPWP yang bersedia meneruskan agenda ini, dan berikan peluang kepada mereka. Saya bangga dalam masa yang singkat, 20 susuk pemimpin ini dapat dilahirkan.


"Sekarang, tanpa berdolak-dalik, kita bulatkan tekad menyusun kekuatan parti menuju PRU15," katanya lagi.


Rodziah tidak bernasib baik dalam pengiraan semula keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 apabila calon lawannya Senator Fadhlina Sidek diumumkan sebagai pemenang dengan meraih 18,923 undi, menewaskan beliau yang mendapat 18,891 undi.


Bagaimanapun sebelum itu dalam kiraan tidak rasmi Rodziah telah mendahului.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page