top of page

Suruh letak jawatan: Mahiaddin, PN juga gagal tawan 2 negeri



Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri yang kurang memberangsangkan semalam.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, Mahiaddin sebaliknya harus bermuhasabah kelemahan dirinya sendiri kerana beliau juga gagal mengotakan janji PN sapu bersih 5 negeri sebagaimana kempen pilihanraya.


"Saya melihat kenyataan Mahiaddin dalam hal ini sebagai sangat gopoh, malah dalam sidang media beliau yang diadakan semalam beliau seolah-olah telah memenangi majoriti Parlimen di Malaysia, sama seperti yang beliau buat selepas PRU-15 lalu.


"Adakah Muhyiddin terlalu laparkan kedudukan sebagai Perdana Menteri?


"Muhyiddin sendiri gagal merampas Selangor, Pulau Pinang atau Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional, adakah beliau berani mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Tegas Razeef, Mahiaddin lebih baik bersedia untuk menunggu 4 tahun lagi sebelum berangan angan sekali lagi untuk menjadi PM.


Sebelum itu, katanya, sebaik baiknya beliau mengumumkan kepada partinya, Bersatu strategi untuk mendapatkan negeri pertama untuk parti itu.


"Mahiaddin boleh terus bermimpi untuk menjadi PM kerana kempen dengan memainkan sentimen perkauman dan agama yang sebelum ini mereka gunakan tidak selamanya boleh ditunggang oleh beliau.


"Adalah lebih baik beliau mencari jalan bagaimana seorang Menteri Besar dari parti beliau, Bersatu wujud. Kerana di semua negeri tidak ada seorang pun Menteri Besar mahupun Ketua Menteri dari Bersatu.


"Mungkin beliau boleh fokus untuk mengangkat seorang Menteri Besar dari Bersatu di Kedah memandangkan Pas memimpin Terengganu, Kelantan dan Perlis. Kasihan melihat Bersatu terus ditunggang Pas tanpa diberi tempat sewajarnya," katanya lagi.


Strategi kempen PN pada PRN lalu adalah merampas Selangor dan Negeri Sembilan.


Dengan cara itu Ahli ahli Parlimen sekutu PH akan ketakutan berdepan survival mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.

Ketakutan itu diharap menyebabkan beberapa parti meninggalkan Kerajaan Perpaduan.


Dengan kukuhnya Negeri Sembilan dan Selangor di tangan PH - BN maka strategi PN bolehlah dianggap gagal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page