top of page

Sumpah laknat Najib: Mufti, pihak berkuasa agama perlu bersuara - AMK Kemaman



Pihak berkuasa agama Islam di Malaysia sama ada Menteri, Mufti atau Jabatan Agama Islam perlu bersuara dan mengeluarkan larangan ke atas perbuatan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak yang bersumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur bahawa beliau tidak terlibat dalam kes korupsi SRC International, semalam.


Bagi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman, perbuatan Najib itu jelas tidak wujud dalam kaedah perundangan jenayah Islam serta mengelirukan masyarakat mengenai proses perbicaraan dan menjatuhkan hukum yang termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.


"Berhubung isu sumpah laknat yang dibuat oleh mantan perdana menteri Najib Razak semalam, AMK Kemaman menggesa mufti atau badan berkuasa agama supaya segera memberi hukum (pendapat) adakah sumpah tersebut selari dengan hukum syarak atau tidak


"AMK berpandangan sumpah tersebut tidak selari dengan ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana Datuk Seri Najib telah pun melalui proses pengadilan sebelum ini di mana beliau telah diberi peluang untuk membela diri daripada pertuduhan ke atasnya. Namun beliau telah pun gagal membuktikan bahawa beliau tidak bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebelum ini," kata AMK Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK Kemaman itu lagi, sumpah mubahalah merupakan sebahagian hukum figh yang mesti mengikut rukun dan syaratnya dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk menutup kesalahan yang jelas tidak boleh dipertahankan lagi.


"KEADILAN dalam hal ini sentiasa konsisten membela kesucian agama Islam.


"Oleh itu pihak AMK Kemaman sekali lagi menggesa mufti dan pihak berkuasa agama bersuara untuk memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat.


"Mufti berperanan melindungi kesucian agama Islam daripada sewenang-wenangnya diperalat oleh golongan korup dan rakus kuasa yang hanya memikirkan kelangsungan karier politik mereka," kata kenyataan itu.


Untuk rekod, Najib sebelum ini telah menjadi 'juara sumpah' apabila pada 2019 beliau melafazkan sumpah menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Pada 28 Julai 2020, Najib melafazkan sumpah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya dalam kes SRC.


Najib kemudiannya sekali lagi melafazkan sumpah laknat pada 8 Dis 2021 secara dalam talian untuk menyatakan tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International.


Pada 2019 lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad pernah berkata istilah sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali membabitkan perkara mengenai "li'an" iaitu kes melibatkan suami isteri.


Manakala Istilah "mubahalah" (saling laknat melaknati) yang disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat ke-61 pula tidak merujuk kepada perundangan Islam menurut Zulkifli.


Beliau juga berkata dalam prinsip perundangan Islam, sumpah hanya diambil kira atau dilakukan apabila diminta oleh kadi atau hakim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page