top of page

Sumbangan Tunai Rahmah fasa dua sebelum Aidilfitri



Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan diberikan kepada golongan B40 yang layak pada bulan Ramadan, tahun ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sesi menjawab soalan di Dewan Rakyat sebelah pagi.


"STR fasa 1 telah pun diedarkan berjumlah RM1.6 bilion.


"Saya telah beritahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (penerima bantuan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya. Kita keluarkan fasa 2 untuk B40 mendapat STR," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Taufiq Johari (PH - Sungai Petani).


Selain itu, kata Anwar, dalam Belanjawan Madani 2023 lalu juga telah diumumkan penambahbaikan STR kepada RM3,100. Begitu juga Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM2,500.


"BKM pula ibu bapa tunggal punya anak dan warga emas (dapat bantuan), isu bapa tunggal RM500, warga emas RM300.


"Jumlah (peruntukan bantuan) RM8 bilion. Selain 8.7 juta rakyat (STR) ada pula permohonan baru. Sekakat 13 Mac 320,103 orang telah pun diterima (pendaftaran)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page