
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George kelmarin memberi sumbangan kepada masjid dan surau di DUN Sentosa.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN, majlis sumbangan tersebut dibuat selepas program berbuka puasa. Untuk kali ini sumbangan diberi kepada sebuah masjid serta 18 buah surau
"Sumbangan dan penghargaan disampaikan oleh Dr. Gunaraj George selaku ADN Sentosa kepada nazir masjid dan semua pengerusi surau serta wakil NGO.
"Semoga sumbangan serba sedikit dapat membantu dalam mengimarahkan masjid dan surau di DUN Sentosa," kata kenyataan itu.

Pada majlis itu juga, penghormatan diberikan kepada Datuk Rahim selaku Nazir Masjid Al- Baraqah, Taman Sentosa memulakan majlis dengan ucapan ringkas.
Masjid Al-Baraqah merupakan masjid tunggal dalam kawasan DUN Sentosa. Banyak peranan yang telah dimainkan oleh Masjid Al-baraqah bersama qariah-qariah surau dalam DUN Sentosa dalam memastikan umat Islam mendapat manfaat yang sewajarnya.