top of page

Sultan Selangor titah henti keluar fatwa semberono



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak terutama pemimpin politik segera menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab.

Baginda yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) dalam satu kenyataan bertitah, perbuatan itu yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini merupakan satu trend amat merbahaya yang jika terus dibiarkan berterusan boleh membuahkan kebencian yang akhirnya mencetuskan huru hara.


"Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab ini.


"Beta menyeru janganlah agama diperalat bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri," titah baginda.


Sultan Sharafuddin melalui titah tersebut tidak menyebut sebarang nama individu ataupun parti politik tetapi dipercayai merujuk kepada beberapa pemimpin politik Perikatan Nasional (PN) yang sedang disiasat oleh polis.


Mereka antaranya termasuk Presiden Bersatu, Mahiaddin Yassin, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang sedat disiasat kerana menyentuh mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).


Mahiaddin yang juga Pengerusi PN baru-baru ini dikritik ramai kerana mengeluar fatwa 'haram' mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat. Tindakan itu didakwa seolah-olah mempersenda hukum agama.


Sementara itu baginda Sultan Selangor dalam titahnya juga mengegaskan di negara ini, fatwa hanya boleh dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri atau mufti setelah mendapat perkenan Raja atau Sultan setiap negeri yang mengeluarkan fatwa itu.


"Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat.

"Sebaliknya sekiranya fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik ianya akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa," titah baginda.


Sehubungan itu Sultan Sharafuddin turut menyeru pihak polis agar mengambil tindakan proaktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu (3R).


Hal ini supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page