top of page

Sultan Brunei datang melawat untuk raikan Anwar sebagai PM 10



Lawatan khas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bertemu Perdana Menteri (PM) Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi adalah semata mata untuk meraikan pengangkatan Anwar sebagai PM.


Hal itu dijelaskan sendiri oleh Anwar ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat PH di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang tadi.


Katanya, pertemuan itu adalah kunjungan persahabatan dan Sultan Brunei mencemar duli memandu kenderaan rasmi PM ke Putrajaya, yang dinaiki Baginda dan Anwar.


"Pertemuan (dengan) Tuanku Sultan Brunei sangat mengesan kepada saya


"Sultan Brunei seperti biasa datang dengan semangat persahabatan dan untuk memberikan sokongan kepada pemilihan PM baru. Hanya untuk itu dia datang, terus bawa saya (memandu kereta), makan tengah hari di Seri Perdana. Hanya untuk itu dan terus balik," katanya.


Sultan Brunei turut membawa Mufti Brunei Ust Awang Abdul Aziz Juned untuk membacakan doa buat Anwar

Anwar menganggap kunjungan untuk meraikannya itu sebagai semangat persahatan yang luar biasa dan amat jarang dilakukan oleh ketua negara.


"Saya lafazkan bagi pihak keluarga dan kawan kawan tentang semangat yang ditunjukkan oleh Sultan Brunei itu, saya terharu. Ia semangat persahabatan yang luar biasa," katanya.


Ditanya mengenai mesyuarat PH hari ini, Anwar berkata, mesyuarat tersebut membincangkan perkembangan terbaharu perjalanan kerajaan campuran PH dan pelbagai parti lain.


"Mesyuarat biasa PH, beri sokongan langkah diambil, termasuk kos sara hidup, minta saya beri penjelasan perkembangan terbaru.


"Kemudian laporkan tentang perjalanan kerajaan setakat ini. Dan mendengar mereka (pimpinan PH) cadangan yang harus diberikan pertimbangan oleh saya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page