top of page

Sukan sepatutnya menyeronokkan, tolak kekerasan kepada atlet

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 13, 2024
  • 2 min read

ree

Kejadian jenayah yang menimpa tiga atlet pemain bola sepak Liga Super Malaysia tidak sewajarnya berlaku di negara yang bertamadun.


Insiden samun ke atas Akhyar Rashid; kes simbah asid terhadap seorang pemain kebangsaan, Faisal Halim dan serangan merosakkan cermin kereta pemain bola sepak negara, Safiq Rahim menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena dalam kalangan peminat sukan tanah air sehingga mempunyai perilaku ekstrem.


Bagi aktivis sosial, Yuslaini Azmi, terdapat kemungkinan penyokong fanatik didakwa mendalangi salah satu atau lebih insiden terbabit.


Hal itu, katanya, memerlukan selepas ini persatuan sukan memikirkan tahap keselamatan atlet selain soal pengurusan sukan semata mata.

ree
Yuslaini Azmi

"Kejadian ini seharusnya memberi iktibar kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya menitikberatkan soal keselamatan pemain kebangsaan kerana pemain merupakan aset utama persatuan ini.


"Saya khuatir mereka yang melakukan ini mungkin juga mempunyai dendam dengan orang yang mempunyai pengaruh dalam FAM, apatah lagi ada ura-ura mendakwa (insiden) untuk mencalarkan imej Presiden FAM yang sedang menggalas jawatan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Yuslaini menggesa mana mana pihak agar tidak mengamalkan budaya ekstrem dalam sukan.


Katanya, peminat sukan perlu menjadikan aktiviti sukan sesuatu yang menyeronokkan, manakala pemain bola sepak perlu dijamin sebagai kerjaya yang menjanjikan masa hadapan bukannya berhadapan serangan jenayah.


"Kejadian serangan hanya menjadikan imej bola sepak negara tercalar teruk.


"Anda (penyerang) mungkin merasakan ini adalah satu 'dendam' atau 'permainan' tetapi hakikatnya menguburkan impian seorang pemain yang berusaha keras menjadi seberjaya ini, adalah satu bentuk kekejaman," katanya.


Oleh itu, Yuslaini menyeru peminat sukan negara agar bersolidariti dengan 3 pemain bola sepak yang sedang menghadapi trauma dalam kehidupan mereka ketika ini.


"Saya menyeru rakyat Malaysia yang bersolidariti pada hari ini menggunakan hashtag #ProtectThePlayers atau #SelamatkanPemainNegara bagi menunjukkan solidariti atas kejadian yang menakutkan industri bola sepak tanah air.


"Siapapun individu terbabit anda tidak boleh melebihi undang-undang negara kerana negara ini milik kita bersama," katanya lagi.

1 Comment


Andre Jones
Andre Jones
Sep 15

Hai semua, nak kongsi sikit pengalaman sendiri bermain sambil tengok bola – kadang rasa seronok, tapi bila baca berita tentang serangan terhadap pemain macam Akhyar Rashid dan Faisal Halim, terus rasa seram sikit. Memang susah nak faham kenapa ada orang terlalu ekstrem sampai sanggup buat jenayah terhadap atlet; bagi aku, sukan sepatutnya jadi hiburan dan cabaran yang sihat, bukannya medan dendam. Bila aku main online kat platform macam 1win login, aku cuba ikut strategi dengan sabar dan enjoy prosesnya, bukan sekadar nak menang cepat – rasa sama macam menghargai pemain bola yang berusaha keras tanpa diganggu. Satu tip aku, jangan biar tekanan atau rasa panas hati menguasai diri, baik dalam permainan online atau dalam menonton bola; nikmati pengalaman, belajar dari…

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page