top of page

Suhaizan tolak persepsi menang kerana undi simpati



Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat menafikan persepsi yang mendakwa kemenangan beliau dan Ir Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram kerana 'undi simpati'.


Ditemui pemberita di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Johor Bahru malam tadi, bekas Speaker DUN Johor itu menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan terutama di kerusi Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.


"Kalau dibandingkan dengan majoriti yang lepas memang lah kecil, tetapi PRK ini peratusan keluar undi juga kecil, sekitar 47 peratus berbanding yang lepas.


"Jadi saya rasa ini satu majoriti yang meyakinkan.


"Saya kira begini, yang kita terangkan kepada pengundi adalah kepentingan Kerajaan Perpaduan itu. Kenapa rakyat perlu mengundi dan memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan, dan dengan kestabilan itu akan mewujudkan keadaan dalam negara yang lebih baik, ekonomi yang baik dan pelabur-pelabur akan datang ke negara kita.


"Saya kira bukan simpati lah tetapi lebih kepada keperluan untuk kestabilan negara," katanya dipetik.


Pengundi parlimen Pulai semalam memilih Suhaizan sebagai wakil rakyat mereka. Beliau memperoleh 48,283 undi menewaskan pencabarnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti undi 18,641.


Sementara, Ir Nazri yang bertanding di DUN Simpang Jeram pula menang bergaya dengan majoriti 3,514 selepas meraih 13,844 undi menewaskan calon PN Mohd Mazri Yahya yang meraih 10,330 undi dan calon Bebas S.Jeganathan hanya mendapat 331 undi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page