top of page

Subsidi yuran taska: MB pelawa rakyat Selangor buat permohonan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor mempelawa ibu bapa di negeri itu yang layak untuk memohon bantuan yuran taska atau pusat penjagaan kanak-kanak sebanyak RM100 sebulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://asuhpintar.yawas.com.my/ sebelum 15 haribulan setiap bulan.


"Antara fokus Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan anak-anak kecil di Selangor adalah asuhan anak-anak kecil yang berkualiti dan bermanfaat.


"Melalui Skim Asuh Pintar ibu bapa yang layak akan menerima bantuan RM100 setiap bulan untuk yuran taska atau pusat penjagaan anak-anak berusia empat tahun ke bawah. Bantuan ini dibayar terus ke taska atau nurseri," katanya menerusi Facebook.


Amiruddin turut menjelaskan inisiatif melalui Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan sistem asuhan yang baik kepada anak-anak.


Terdahulu, Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 mengumumkan bantuan RM100 sebulan kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk yuran ke taska awam atau pusat jagaan kanak-kanak.


Beliau menjelaskan insentif itu diberi kepada golongan berpendapatan rendah (B40) membabitkan dana keseluruhan RM600,000.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page