top of page

Subsidi minyak masak bocor, kuota kepada kroni, ketirisan tidak diatasi - Rafizi



Alasan utama kerajaan BN - PN menarik balik subsidi ke atas minyak masak botol kerana produk tersebut mudah diseludup keluar negara tidak sepenuhnya tepat.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, masalah utama bukannya berpunca daripada penyeludupan minyak masak botol tetapi keseluruhan sistem subsidi berkenaan, termasuk ke atas minyak paket berharga RM2.50.


"Soal urustadbir, soal rasuah, keberkesanan kerajaan, kronisme, ini yang mengesani rakyat.


"Subsidi minyak masak banyak bocor. Contohnya, katakan subsidi minyak peket RM2.50 masih kekal, cuba orang nak beli, payah nak cari. Sedangkan kita membelanjakan beratus juta tiap tahun (untuk subsidi).


"Kita juga tahu, bila kita ambil alih kerajaan dahulu, saya dengar kawan kawan dalam kerajaan kata sebenarnya skim ini untuk membantu orang yang rapat dengan mereka (pemerintah).


"Baik Ketua Bahagian atau kaki bodek akan diberikan kuota. Ia jadi satu skim untuk mengkayakan golongan tertentu.


"Bila perkara itu jadi skim cepat kaya maka bekalan yang sepatutnya sampai ke pasaran mungkin tidak semua sampai.


"Sampai sekarang kita tak tahu dari beratus juta yang dibelanjakan untuk minyak peket ini berapa banyak yang sampai ke pasaran? Kalau pun semua kuantiti sampai ke pasaran, kita tak tentu sama ada semua itu ikut peraturan," katanya dalam siri bual bicara The Ayuh Malaysia Show bertajuk "Krisis Makanan & Kos sara Hidup" malam tadi.


Dalam program itu juga Rafizi berkata, kekaburan kerajaan dalam menentukan destinasi terakhir subsidi minyak masak diedarkan menyebabkan skim berkenaan tidak efisyen.


Begitu juga, katanya, tidak jelas kawalan mengenai penjualan, dan adakah pihak tertentu boleh mendapatkan bekalan melebihi kuota.


"Minyak masak pek RM2.50 ada had, 2 pek seorang boleh beli.


"Maksudnya bukan sahaja kita tidak tahu kebocoran peringkat bekalan, di peringkat jualan pun dia tidak terkawal.


"Sebab itu lebih ramai orang yang sebenarnya tidak merasa subsidi ini. Jadi konsep subsidi bersasar (sebagaimana dikatakan kerajaan) akhirnya terlepas sasaran, sebab tak tahu siapa dapat.


"Kita tak tahu orang yang buat pek subsidi ini dia letak di mana atau dia jual ke restoran kawan kawan dia?


"Masalah utama subsidi ini ialah wujud penyelewengan, penguatkuasaan lemah, ruang lompong yang menyebabkan perkara itu disalah guna," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page