top of page

Subsidi harga padi naik kepada RM500 selepas 25 tahun



Subsidi harga padi bagi pesawah akan dinaikkan mulai esok di seluruh negara.


Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di Parit Buntar, pagi tadi.


Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) tersebut dinaikkan daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan.


"Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi Menteri Kewangan pernah naikkan (kadar).


"Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik," kata beliau dipetik Bernama seolah olah mengulangi ceramah pembangkang "hari ini menang, esok harga minyak turun" yang menjadi modal menyindir pentadbiran Pakatan Harapan apabila tiba musim pilihanraya.


Menurut PM, peningkatan subsidi itu akan melibatkan perbelanjaan RM1 bilion setahun.


Manakala untuk menyelesaikan masalah pemutuan padi pula, Anwar berkata perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menempatkan pegawai pertanian di kilang padi swasta, khusus bagi memantau proses permutuan.


Hal itu katanya, bagi mengelak pengilang bertindak sesuka hati tanpa mengikut standard ditetapkan.


Pada majlis sama, Anwar menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 pesawah dan peladang negeri Perak.


Bantuan tersebut disampaikan beliau kepada Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Sahat dan wakil-wakil Persatuan Peladang Kawasan (PPK) mengikut daerah.


Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page