top of page

‘Subsidi diesel bersasar elak ketirisan, penyeludupan’ - AMK P Pinang



Oleh: Abdullah Zaid


Pelaksanaan subsidi diesel dijangka bermula Mei tahun ini sememangnya perlu dilakukan bagi menangani ketirisan dan penyeludupan bahan api itu yang semakin parah dan membimbangkan.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, adalah tidak wajar untuk kerajaan meneruskan pendekatan pemberian subsidi sedia ada kerana dilihat tidak adil terhadap golongan sasar, iaitu kumpulan yang sememangnya memerlukan.


"(Selama ini) limpahan manfaat daripada pemberian subsidi secara pukal sejak sekian lama ini, turut dinikmati oleh golongan-golongan yang tidak sepatutnya.


"Selain itu, aktiviti penyeludupan diesel ke dalam pasaran gelap terutama di sempadan negara seharusnya diberikan perhatian serius dan wajar dihentikan kerana kerajaan terpaksa menanggung kerugian (subsidi) yang amat banyak.


"Diesel subsidi seharusnya memberi manfaat kepada nelayan, kelompok golongan rentan dan pengguna yang layak sahaja, tetapi apa yang berlaku ianya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu sejak sekiam lama," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Abshar Nurasyraf

Justeru, Abshar menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan Sistem Fleet Card yang telah melalui tempoh percubaan agar subsidi disalurkan tepat kepada golongan yang layak.


Selain itu katanya, langkah itu juga dapat memastikan kes ketirisan dan penyeludupan dapat dibendung daripada terus berlaku.


"Bagi saya, seluruh rakyat dan mereka di luar sana perlu faham bahawa subsidi bersasar diesel ini bertujuan untuk mengawal masalah ketirisan dan penyeludupan, bukan bermakna kerajaan ini “berkira” terhadap rakyat atau sebagainya.


"Isu ini sebenarnya telah lama dikaji (disepakati) kerajaan terdahulu tetapi baru sekarang kita ada keberanian untuk melaksanakannya demi kebaikan semua, kerajaan juga mengambil kira keadaan dan waktu yang sesuai," ujarnya lagi.


Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan rasionalisasi subsidi diesel akan menggunakan sistem ‘Fleet Card’ yang diedarkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan darat terpilih bagi pembelian diesel bersubsidi.


Projek rintis telah digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Kerajaan terpaksa memperkenalkan polisi subsidi diesel bersasar apabila mendapati penggunaan diesel meningkat daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter 2022 tetapi jumlah kenderaan diesel cuma meningkat 2.4% sepanjang 3 tahun.


Kehilangan diesel bersubsidi yang parah itu membawa kepada peruntukan subsidi pada 2024 sekitar RM20 bilion setahun. Dijangkakan hampir separuh daripada jumlah itu boleh diselamatkan sekiranya sistem baharu subsidi diesel diperkenalkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page