Harga ayam: Subsidi 60 sen sekilo, kemenangan kepada penternak, rakyat



Tindakan kerajaan BN menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan subsidi sebanyak 60 sen bagi sekilogram ayam kepada penternak merupakan kemenangan terhadap para penternak dan rakyat.


Menurut Jurucakap Pertanian dan Komoditi Parti KEADILAN, Sim Tze Tzin, pengumuman itu membuktikan cadangan dan syor yang dibuat KEADILAN sebeum ini munasabah dan praktikal kepada survival industri penternakan ayam tempatan.


"Hari ini, kita meraikan kemenangan para penternak ayam kerana Kerajaan Ismail Sabri akhirnya terpaksa tunduk kepada permintaan penternak dengan mengumumkan subsidi pengeluaran RM0.60 sekilo selama 4 bulan .


"Cadangan subsidi pengeluaran (output based subsidies) ini telah disarankan oleh KEADILAN sejak 2 Disember 2021 dan sekali lagi pada 5 Feruari lalu


"Dengan adanya subsidi sedemikian, para penternak dijangka boleh mula meningkatkan pengeluaran dan dapat memenuhi permintaan pasaran ayam dalam 30 hari akan datang," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu mencadangkan agar kerajaan tidak perlu lagi mengimport ayam bulat dari luar negara memandangkan perajaan Tahun Baharu Cina sudah pun berlalu dan puncak permintaan telah menurun.


"Dengan berakhirnya Tahun Baharu Cina maka permintaan ayam tidak lagi meruncing. Dan kita jangkakan harga ayam akan kembali stabil.


"Maka, tiada keperluan untuk memberi Approved Permits (AP) untuk mengimport ayam bulat dari luar negara.


"Parti KEADILAN ingin mendesak kerajaan menghentikan segera langkah memberi AP kepada syarikat untuk mengimport ayam bulat dari luar," katanya.


Menurut Pengarah Biro Strategi KEADILAN itu lagi, sikap 'lebih mudah mengimport daripada mengeluarkan sendiri' perlu ditamatkan bagi menjamin sekuriti makanan negara pada masa hadapan juga menghentikan golongan tidak bertanggungjawab daripada mendapat keuntungan mudah dengan AP import ayam.


"Sikap ini menyebabkan kebergantungan kepada negara luar dan menjejaskan sekuriti makanan negara. Akhirnya menyebabkan industri pertanian kita tidak berkembang maju.


"Pengimportan makanan negara mencecah RM55 bilion setahun, menyebabkan pengaliran sejumlah besar mata wang ke luar negara.


"Pemberian AP juga membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan untuk cepat kaya. Sistem AP selalunya mewujudkan kumpulan "rent seekers" yang mempunyai jalinan politik," katanya lagi.


Tegas beliau dengan mengeluarkan sumber makanan secukupnya dalam negara kerajaan turut akan menamatkan kewujudkan rent seekers dalam pengimportan ayam bulat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER