top of page

Suara rakyat tidak boleh dipadam - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen yang hanya akan dibuka selepas darurat menunjukkan sikap kerajaan mahu terus menutup Parlimen, malah menampakkan ketidakarifan beliau terhadap prinsip asas demokrasi.


Beliau juga menempelak hasrat kerajaan yang kononnya sedang memberi ‘keutamaan’ penuh kepada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dan akan terus menutup Parlimen.


"Kononnya dengan penutupan Parlimen sangat penting dalam usaha melawan wabak, tetapi keadaan makin parah. Kadar warga yang menerima vaksin antara yang terendah di rantau Asia dan kadar jangkitan antara yang tertinggi di Asean.


"Sebuah sistem yang menginjak aspek Parlimen adalah sistem diktator, bukan demokrasi. Kedudukan dan maruah Parlimen kini tergantung pada pemuka-pemuka yang tidak punya mandat sama sekali, dan ini jelas menunjukkan bahawa aspek semak imbang yang dijamin Perlembagaan ini terus dinodai dengan rakus.


"Demokrasi mesti tertegak, meski di kala kemelut. Suara rakyat tidak boleh dipadam oleh para petinggi yang rakus dan gila kuasa," katanya.


Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menganggap kenyataan bijaksana Agong bertarikh 26 Februari yang lalu bahawa kuasa darurat yang diperuntukkan pada kerajaan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak sesi Parlimen.


"Kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan darurat setakat ini tidak memberi dampak yang positif dalam usaha kita melawan wabak.


"Sebaliknya, ianya digunakan untuk membungkam wartawan dan media, serta memberi kuasa pada kerajaan ini untuk menggunakan dana awam tanpa hormat pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pada Parlimen. Menggunakan hampir 50% dana dark Kumpulan Wan Amanah Negara (KWAN) untuk pemerolehan vaksin sebagai contoh.


"Terdapat banyak hujah yang menampakkan pemerintah hari ini sedang meminjam dan berbelanja tanpa semak imbang, dan ini menjadi sebab ampuh mengapa Parlimen sebagai fungsi dan institusi yang dijamin Perlembagaan mesti diberi ruang untuk menjalankan amanah rakyat," katanya.


Berdasarkan situasi semasa, Anwar menjangkakan bahawa kerajaan tidak akan menamatkan darurat dalam masa terdekat, malah sidang Parlimen kemungkinan besar tidak akan diadakan langsung pada tahun ini.


"Dengan peningkatan kes penularan Covid-19 hari ini ianya akan memberi alasan kepada kerajaan untuk melanjutkan tempoh darurat melepasi bulan Ogos 2021.


"Saya yakin inilah matlamat sebenar pemerintah; memperpanjang tempoh darurat selama mana yang mungkin meski dengan jumlah jangkitan yang akan terus tinggi.


"Dengan kadar vaksinasi yang ternyata rendah saat ini, saya bimbang dan yakin tidak akan ada sidang Parlimen untuk tahun ini.


"Prestasi Malaysia akan terus tercorot dengan masalah pengangguran tanpa reformasi ekonomi yang menyeluruh. Persaingan di rantau ini dalam mendapatkan investasi asing nampaknya akan terus meletakkan Malaysia di barisan belakang.


"Sikap kerajaan ini yang terus berhutang dan berbelanja tanpa semak imbang akan memberi dampak buruk kepada generasi akan datang.


"Ekonomi tidak akan mampu pulih bilamana keyakinan kepada kerajaan dan kebijakannya tidak wujud, serta prinsip negara hukum terus diinjak tanpa belas," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page