top of page

Suara belia diambil kira dalam rancang pembangunan Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 20, 2024
  • 1 min read

ree

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil kira pandangan golongan muda dalam rancangan pembangunan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu sesi libat urus bersama persatuan dan kelab belia diadakan bagi memahami kemahuan serta akal fikiran anak muda demi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar, terutama dalam fasa pemulihan susulan krisis Covid-19.


"Keluh kesah golongan muda selain pandangan mereka terhadap kerajaan sentiasa diambil kira bagi memastikan rancangan pembangunan negeri berjalan lancar.


"Pentadbiran ini tidak akan berdiam diri sebaliknya turun pandang bertemu generasi muda. Kita banyakkan sesi dialog untuk tahu kefahaman, kegelisahan anak muda.


"Kita mahu beri harapan baharu dan atasi kegelisahan mereka dengan tuntas kerana kita yakin pentadbiran negeri akan terus menampilkan kelompok ini untuk memimpin," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyampaikan ucapan sempena majlis penutup sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di Institut Kemahiran Belia Negara Pertak di Hulu Selangor pada Ahad.


Sambutan Hari Belia peringkat Selangor bertemakan 'Yakin Boleh' diadakan tiga hari bermula Jumaat lalu dengan lebih 2,000 peserta terlibat.


Selain pengisian lebih 20 program yang menerapkan elemen Yakin Boleh, sambutan turut menawarkan 3,000 peluang kerjaya menerusi karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page