top of page

Strategi tangani tarif AS: Tanda kerajaan prihatin, maklumat perlu disebarluas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 29 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani cabaran tarif timbal balas yang dikenakan pentadbiran Presiden AS Donald Trump menerusi pengumuman enam strategi utama bertujuan memperkukuh daya saing perdagangan negara.


Aktivis KEADILAN Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip berkata, strategi yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini dilihat sebagai satu langkah responsif dan strategik terhadap impak negatif dasar perlindungan ekonomi Amerika Syarikat terhadap eksport Malaysia.


Katanya antara intipati utama strategi tersebut termasuk penyediaan subsidi bersasar, geran sokongan eksport, dan pelepasan cukai bagi membantu para usahawan menstruktur semula pendekatan perdagangan diyakini dapat meredakan tekanan tarif ke atas produk tempatan, malah memberi peluang kepada usahawan untuk meneroka pasaran baru.


"Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan peniaga dan struktur ekonomi negara yang terkesan akibat tarif Amerika Syarikat," kata Rozan kepada Suara Keadilan.


Perdana Menteri ketika menyampaikan penerangan pada sesi mesyuarat khas berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat pada 5 Mei lalu menjelaskan strategi pertama mengenai penyelarasan dasar berkaitan perdagangan melalui Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) untuk memantau petunjuk utama ekonomi seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman.


Bagi strategi kedua, rundingan penyelesaian tarif timbal balas dengan AS akan diteruskan dan menambah baik hubungan perdagangan serta pelaburan dua hala, manakala strategi ketiga adalah membantu pengeksport terjejas khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), manakala keempat, menggalakkan kerjasama serantau serta pasaran baharu.


Strategi keempat yang dirumuskan oleh kerajaan adalah menggalakkan kerjasama serantau serta pasaran baharu dan strategi kelima pula ialah mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kelulusan kerajaan termasuk untuk pelaburan.


Strategi keenam atau yang terakhir adalah meneruskan agenda pembaharuan Ekonomi Madani terutama dalam memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi negara.


Dalam pada itu Rozan turut menzahirkan kebimbangan terhadap jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat mengenai pelaksanaan strategi ini.


Katanya, ketika dasar sudah dibentuk melalui pelbagai usaha dan inisiatif oleh kerajaan Malaysia, masyarakat masih belum jelas tentang implikasi dan faedah dasar tersebut.


"Kita berdepan satu masalah besar, iaitu penerangan mengenai dasar dan program kerajaan yang tidak sampai kepada rakyat. Ramai yang mengkritik kerana tidak faham, bukan kerana menolak," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page