top of page

Strategi politik bersama UMNO-BN diterima rakyat - Reformis



Rakyat menerima strategi politik kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO-BN selepas hampir setahun Kerajaan Perpaduan berkuasa.


Hal itu diakui oleh Presiden Penaja Otai Reformis, Mustapha Mansor Amer Mohd Isa.


Menurut beliau, rakyat apatah lagi reformis dapat melihat kebijaksanaan Kerajaan Madani dalam merangka masa hadapan Malaysia yang lebih gemilang.


Reformasi itu sendiri, kata Mustapha, merupakan perjalanan untuk melakukan pembaikan dan perobahan dari semasa ke semasa. Sekiranya UMNO telah berubah kepada yang lebih baik maka bersama mereka adalah sesuatu yang dituntut.


"Dia (Reformasi) bukan sesuatu yang berhenti, mesti ada kelanjutan. Bermula dari Deklarasi Permatang Pauh, kerangka perjuangan ini diasaskan dengan cara mengambil dari roh al Quran, dari surah Hud, ayat 88.


"Namun semangat untuk melakukan perobahan yang dilakukan Nabi Shuib terhadap kaumnya, semangat itu yang dicorak dan diasaskan oleh Datuk Seri Anwar untuk mengubah politik negara," kata Mustapha menceritakan kepada Suara Keadilan detik detik awal Reformasi diisytihar pada 25 tahun lalu.


Mustapha (kiri sekali) terus berjuang bersama teman teman reformis

Bagi beliau, peristiwa silam itu mengajarkan erti pejuangan siapa kawan yang sebenar. Tidak melupakan jasa NGO Islam seperti Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia dan malah parti Pas ketika di bawah Ustaz Fadzil Noor yang begitu bersungguh sungguh membantu.


Namun perjuangan yang panjang, katanya, mencipta landskap politik yang berbeza. Reformasi terpaksa menerima musuh ketat Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH pada 2018.


Bagaimanapun, tegas Mustapha, keputusan itu merupakan suatu pengajaran pahit apabila Tun yang telah berjanji untuk menerima Reformasi, dua tahun kemudian berubah dan tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.


"Itu adalah proses Reformasi. Apa pun terjadi pada 2018, kesedaran untuk melakukan Reformasi di peringkat rakyat (akar umbi) telah berlaku. Mesej Reformasi telah sampai kepada rakyat.


"Rakyat ingin keadilan, tolak pemimpin terpalit kes rasuah. Mesej utama telah sampai, perjuangan 20 tahun telah membuahkan hasil.


"Kemudian ia jadi pengajaran apabila kerajaan dijatuhkan pada 2020," katanya.


Bagi Mustapha, kerjasama bersama UMNO kali ini dilihat mampu mempunyai hayat yang lebih panjang.


Hal itu, jelasnya, kerana pemimpin UMNO yang dilantik ke dalam kabinet seperti Datuk Seri Zahid Hamidi dan Dr Zambry Kadir merupakan 'orang Anwar' ketika Pengerusi PH itu berada di dalam UMNO sebelum 1998 lalu.


"Yang namanya strategi politik ini macam macam. Mungkin satu strateginya ialah menanam orang yang menyokong Reformasi dalam UMNO itu sendiri.


"Zambry dan Zahid ini masa saya berhimpun (1998) di rumah Anwar (di Bukit Damansara) itu saya mereka ada," katanya.


Justeru, mengenang 25 tahun reformasi, Mustapha berharap pemimpin KEADILAN mahu pun PH lebih bijak dalam berpolitik serta mengatur strategi untuk mengekalkan kemenangan dan Kerajaan Perpaduan.


Katanya, kawan kawan dalam Reformasi juga dalam masa sama, perlu mengambil peluang untuk memperkukuh kesedaran politik baharu bersama sekutu baharu.






0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page