top of page

Strategi pilihanraya sabah perlu merakyat, selesaikan isu berbangkit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir tarikhnya disentuh pembahas Sabah, Zaidi Jatil.


Menurut beliau, strategi kemenangan PRN Sabah perlu disusun dengan cara memuaskan hati pengundi dan menyelesaikan masalah mereka.


"Kemenangan tidak datang dari slogan kosong. Ia lahir dari pemahaman mendalam terhadap denyut nadi rakyat.


"Strategi kita mesti bersifat merakyat dan membumi, bukan hanya berlegar di menara gading atau pusat kuasa," katanya.


Beliau juga membariskan isu yang masih belum selesai di Sabah seperti jalan raya berlubang; Masalah bekalan air dan elektrik; Pendidikan di pedalaman masih terpinggir; Isu tanah adat dan rakyat tanpa dokumen; Peluang pekerjaan yang terhad untuk anak muda; Keselamatan di perairan dan sempadan dan MA63 yang masih menjadi tanda tanya akan kesudahannya.


Menurut Zaidi, rakyat menilai prestasi KEADILAN kerana parti itu bukan lagi pembangkang tetapi telah menjadi kerajaan.


Katanya, telah banyak kerajaan bertukar ganti di Sabah tetapi isu tidak selesai, maka tibalah masanya isu tersebut diselesaikan.


"Maka, parti harus merangka strategi dan pendekatan yang efektif. Keyakinan dan kepercayaan rakyat harus dikembalikan.


"Jentera kita mesti mengangkat suara rakyat, menjulang politik nilai dan khidmat, bukan mengulang propaganda dan fitnah," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page