Strategi Mahiaddin bercelaru: Pelan Pemulihan tanpa pelan sebenar - PH


Perutusan khas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin semalam yang membentangkan Pelan Pemulihan pasca pandemik Covid 19 dikritik oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).


Menurut kenyataan Majlis Presiden, Mahiaddin tidak membentangkan Pelan Pemulihan yang komprehensif, malah tidak menampakkan kerajaan Perikatan Nasional faham situasi sebenar yang melanda negara ketika ini.


"Kami meneliti ‘pelan’ yang dibentang PM Tan Sri Mahiaddin Md Yasin petang semalam.


"Walau bagaimanapun, kami sangat terkejut mendapati ianya hanyalah fasa tanpa strategi yang lengkap mahupun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh bagi mengatasi pandemik Covid-19, memberi bantuan secukupnya kepada rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang menderita, memulihkan ekonomi dan menyegerakan kebangkitan semula Malaysia.


"Ia bagaikan satu ‘pelan mengaku kalah’ pada pandemik Covid-19.


"Malah lebih mengejutkan ialah fasa ‘pelan’ tersebut kononnya berasaskan sains dan data, namun realitinya data yang dimaksudkan tidak telus, tidak terbuka dan tidak terperinci untuk diteliti orang ramai, dan mudah termanipulasi seperti yang pernah kita saksikan sebelum ini," kata kenyataan tersebut.


Menurut Majlis Presiden lagi, pembentangan itu boleh dianggap sebagai 'pelan tanpa pelan sebenar' dan dilakukan hanya untuk mengalihkan isu kelemahan kerajaan PN dalam menangani kes jangkitan Covid 19 yang mencanak ketika ini.


"Oleh itu, kami berpandangan PM telah mempersembahkan satu ‘pelan’ tanpa apa-apa pelan yang sebenar.


"Ini adalah satu pengumuman tergesa-gesa yang cuba mengalih pandangan rakyat dari keadaan kepimpinan yang terumbang-ambing, hilang arah, dan gagal berkali-kali untuk mengawal pandemik dengan baik.


"Jika diikut juga ‘pelan’ ini, akhirnya yang akan dipersalah dan menjadi mangsa sekiranya pandemik tidak dapat dikawal adalah rakyat," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER