top of page

STR bukti komitmen Kerajaan MADANI perkasa belia, golongan bujang – AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang yang dibayar pada hari ini merupakan bukti jelas komitmen Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan belia dan anak muda di negara ini.


Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Nurhanani Dhamirah langkah tersebut amat bermakna kepada golongan belia yang berada pada fasa awal pembinaan kehidupan termasuk membina kerjaya, meningkatkan kemahiran serta mencapai kestabilan ekonomi, sekali gus memerlukan sokongan berterusan daripada kerajaan.


"Pemberian STR ini bukan sekadar bantuan sementara, sebaliknya merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan tidak meminggirkan suara dan keperluan belia dalam merangka dasar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurhanani Dhamirah
Nurhanani Dhamirah

Beliau menjelaskan, pendekatan Kerajaan MADANI mengekalkan STR bagi golongan bujang adalah langkah progresif dan bersasar, selain mengiktiraf kumpulan tersebut sebagai golongan memerlukan sokongan sistematik untuk kekal berdaya tahan, produktif dan berdaya saing.


"AMK menegaskan usaha seperti STR ini perlu diteruskan dan diperkasakan dengan penambahbaikan berterusan, selari dengan aspirasi anak muda yang mahukan sebuah kerajaan yang mendengar, memahami dan bertindak," ujarnya.


Sehubungan itu, AMK menyatakan sokongan padu terhadap dasar kerajaan yang membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan muda.


"Kami berdiri teguh menyokong langkah kerajaan dan akan terus memainkan peranan sebagai suara anak muda bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada belia dan golongan bujang di seluruh negara," tambah beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page