top of page

Stoking kalimah Allah: Jangan main isu sehingga jejaskan ketenteraman



Oleh: Abdullah Zaid


Permohonan maaf yang dibuat KK Super Mart susulan insiden penjualan stoking tertera kalimah 'Allah' di premisnya sememangnya menguris hati umat Islam di Malaysia.


Namun menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahuddin, insiden itu tidak perlu diperbesarkan atas nama agama dan masyarakat wajar memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa dalam melakukan siasatan serta mengambil tindakan.


"Berkenaan isu stoking, kita berjuang dalam agama tak boleh keterlaluan sehingga ke tahap melangkaui batas undang-undang.


"Harus kita tahu pembelaan yang kita lakukan semuanya ada termaktub dalam akta yang melindungi kesucian agama," katanya kepada Suara Keadilan.


Pada 13 Mac lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.


Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan siasatan berhubung insiden tersebut meskipun permohonan maaf sudah dibuat oleh KK Mart dan vendornya.


Mengulas lanjut, Azha berkata hal seperti itu perlu ditangani dengan akal sihat dan tidak perlu kepada tindakan melulu sebagaimana yang dicadangkan di media sosial oleh puak puak tertentu.


"Dalam kita membela kesucian agama, janganlah kita membuat tindakan melulu sehingga boleh mencemarkan imej agama itu sendiri terutama di bulan (Ramadan) mulia ini," ujarnya.

Azha juga mengingatkan pihak pembangkang agar tidak menjadikan isu tersebut sebagai modal politik demi meraih sokongan rakyat.


"Dalam isu ini saya ingatkan penyokong pembangkang tidak mengambil kesempatan melakukan provokasi sehingga memburukkan lagi keadaan.


"Beri kepercayaan kepada pihak berkuasa mengenal pasti punca dan menjalankan siasatan serta pihak terbabit tidak mengulangi perkara sama terutama dalam isu 3R," jelasnya.


Untuk rekod, isu hampir sama pernah dihadapi oleh negara pada 2019 ketika Pengerusi PN hari ini, Muhyiddin Yassin menjawat Menteri Dalam Negeri.


Isu pelekat dinding tertera kalimah Allah tersebut pada waktu itu hanya ditarik balik penjualannya dan tidak berpanjangan dimainkan oleh laskar siber pembangkang seperti hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page