top of page

STEM Camp MOSTI 2025 di Kuantan sasar tingkat kecemerlangan pelajar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Mesyuarat wakil NGO WINK,  wakil STEM Camp MOSTI 2025 bersama PPD Kuantan
Mesyuarat wakil NGO WINK,  wakil STEM Camp MOSTI 2025 bersama PPD Kuantan

Usaha memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Kuantan terus diperkasakan apabila NGO Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) mengadakan perjumpaan khas bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan bagi membincangkan halatuju pendidikan daerah serta penganjuran STEM Camp MOSTI 2025.


Pengerusi WINK, Sridayu binti Samsuri berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan seruan kerajaan agar lebih ramai pelajar memilih aliran sains untuk menjadi tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi tinggi.


"Pemerkasaan STEM ini ialah bagi menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bilangan penyertaan pelajar ke aliran Sains ini ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.


"Jadi agar libat urus yang berterusan bersama program-program stimulasi Sains dan Matematik untuk pelajar sekolah ini perlulah dilipatgandakan," katanya yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pahang dan Ketua Wanita Cabang Kuantan.


Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Shaiful Azizi Shukri Mohd Kassim, mengalu-alukan sumbangan NGO dalam memacu pendidikan di daerah berkenaan yang melibatkan 140 buah sekolah – 50 sekolah menengah dan 90 sekolah rendah.


"Sumbangan NGO di dalam memacu usaha pendidikan STEM di daerah Kuantan sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat baik. Sumbangan ini pastinya akan meningkatkan lagi minat dan memupuk bakat pelajar di dalam menguasai subjek Matematik dan Sains," katanya.


Turut serta dalam perjumpaan itu ialah Pengarah STEM Camp MOSTI 2025, Fakhrul Anuar Zulkawi dan pasukan beliau dengan kerjasama strategik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.


Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan berkata, program kali ini merupakan program kedua selepas kejayaan penganjuran program yang sama tahun lepas. Program STEM Camp 2025 kali ini menyasarkan 200 orang pelajar Tingkatan Tiga di daerah Kuantan.


"Program ini bertujuan bertujuan untuk meransang minat dan keyakinan pelajar untuk menguasai subjek STEM dan memilih aliran STEM apabila pelajar-pelajar ini memasuki Tingkatan Empat nanti.


"Selain itu, libat urus dengan pihak universiti menambahkan lagi pengalaman para pelajar untuk mencipta kejayaan akademik hingga berjaya memasuki ke menara gading menjelang tiga tahun akan datang," katanya.


Untuk rekod, program STEM Camp MOSTI 2025 kali ini bakal dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page