top of page

Statistik terbaru bunuh diri menakutkan, sesuatu perlu dilakukan segera


Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan statistik terbaru bunuh diri amat menakutkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Beliau berkata, jumlah bunuh diri tiga bulan pertama 2021 melebihi separuh dari jumlah keseluruhan kes bunuh diri sepanjang tahun 2020.


Ini selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham melaporkan bahawa jumlah bunuh diri untuk tiga bulan atau suku pertama tahun 2021 ialah seramai 336 kes, dengan sebanyak 631 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang tahun 2020, manakala 609 kes pula di laporkan untuk sepanjang tahun 2019.


"Sebelum ini kita hanya mendapat maklumat dari media dan domain awam bahawa jumlah kes bunuh diri ialah sebanyak 226 kes dalam tempoh diantara 18 Mac 2020 sehingga 30 Oktober 2020.


"Ternyata statistik untuk keseluruhan tahun 2020 yang di maklumkan Dr Noor Hisham hari ini jauh lebih tinggi dari yang kita jangkakan sebelum ini.


"Dari angka yang di kongsi, kita melihat bahawa jumlah kes bunuh diri untuk suku pertama tahun ini menunjukkan tren yang amat menakutkan, kerana jumlah kes bunuh diri untuk 3 bulan pertama tahun 2021 melebihi dari separuh keseluruhan kes bunuh diri pada tahun 2020.


"Bagaimana pula jumlah di akhir suku kedua, pada hari ini 30 Jun 2021? Bagaimana sekiranya kita ekstrapolasi sehingga ke hujung tahun? Adakah kemungkinan berlaku peningkatan 100% kes bunuh diri dari tahun 2020?" soalnya.


Fuziah berkata, sekiranya sesuatu yang drastik tidak dilakukan dengan segera, beliau khuatir akan ada peningkatan kes di masa akan datang.


"Maka saya ingin mencadangkan kesemua elemen positif dalam negara yang kini sedang sama-sama membantu dan berusaha dalam hal ini perlu di garap, melibatkan talian psikososial kerajaan dan kesemua badan sukarela.


"Perlu ada kerjasama rapat dan erat. Parlimen yang menjadi wadah kita menggubal dasar perlu memulakan persidangan segera, dan kerajaan mesti melibatkan semua pihak untuk sama-sama membendung gejala bunuh diri ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page