top of page

SSP umum anjur jelajah solidariti Palestin seluruh negara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 4, 2024
  • 2 min read


Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) hari ini mengumumkan penganjuran jelajah solidariti Palestin ke seluruh negara sepanjang Februari ini.


Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga jurucakap SSP, jelajah tersebut dianjurkan menjelang perhimpunan besar besaran di Kuala Lumpur (KL) bagi menunjukkan kemarahan ke atas kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza yang disokong Amerika Syarikat (AS).


"Kami merakamkan kemarahan terhadap kuasa barat terutama AS dan konco konconya yang mengkhianati warga Palestin terutama di Gaza.


"AS telah hilang moralnya untuk membicarakan soal hak asasi manusia, keadilan mahu pun demokrasi, manakala badan dunia seperti PBB tidak bertindak tegas dan tunduk kepada lobi Israel sehingga tidak mampu menguatkuasakan puluhan resolusi menentang keganasan Israel


"Kegagalan melindungi rakyat awam di Gaza malah membekal senjata pembunuh ke Israel, maknanya AS turut terlibat dan harus didakwa di mahkamah dunia.


"Atas nama hak Israel mempertahankan diri, AS telah merestui malah menaja jenayah genosid ke atas Gaza," kata Azmi dalam sidang media petang tadi di ibu negara.


Azmi turut membangkitkan ketidakupayaan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) ke atas Israel. Malah, katanya, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Israel untuk tidak meneruskan pembunuhan beramai ramai tidak dapat dikuatkuasakan.


SSF mengumumkan penganjuran himpunan mega solidariti Palestin pada Mac 2024

"Israel tidak mengira keputusan ICJ, malah mereka terang terangan meningkatkan serangan ke atas Gaza dengan membunuh ratusan nyawa setiap 24 jam sejak keputusan ICJ diumumkan.


"Tidak mengejutkan AS merestui Israel meneruskan operasi ketenteraannya yang melanggar Konvensyen Geneva


"Dengan demikian, kami dari gabungan NGO seMalaysia mengumumkan hari ini melancarkan siri jelajah negeri ke negeri menjelang himpunan mega solidairti bersama Palestin yang akan diadakan pada 2 Mac 2024 di KL," katanya.


Beberapa ibu negeri diumumkan Azmi sebagai lokasi daripada siri jelajah tersebut yang bermula pada 5 Februari di Alor Setar.


Bandar lain termasuk di Negeri Sembilan pada 8 Feb, Kota Bharu 14 Feb, Kuantan 16 Feb, Johor Bharu 17 Feb dan Pulau Pinang 27 Feb.


Tujuan jelajah diadakan, kata Azmi, adalah untuk menggalakkan rakyat hadir ke himpunan mega daripada pelbagai ras dan agama. Malaysia juga, katanya, perlu ditonjolkan lebih tegas dalam menyampaikan pandangan dalam isu Palestin melalui perhimpunan itu.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page