Oleh: Abdullah Zaid
Srikandi KEADILAN Pusat dan Wilayah Persekutuan baru baru ini menghadiri Majlis Santai Bersama NGO Aktivis Harapan Melaka dan Pertubuhan Amal Kebajikan, Sosio-Ekonomi Insan (PAKSI).
Menerusi satu kenyataan, Srikandi KEADILAN berkata, majlis yang dianjurkan Ranting KEADILAN Pasir Gembung dan Cabang Majis Tanah itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli parti.
"Majlis ini dirasmikan oleh pimpinan Cabang Masjid Tanah yang diwakili oleh Ketua Cabang Masjid Tanah, Datuk Halim Bachik dan pimpinan Srikandi KEADILAN pula diwakili oleh ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Anetha Pillai," katanya.
Tambah kenyataan itu, Ketua Wanita Cabang Masjid Tanah, Rozila Hanum dan Ketua Srikandi Melaka, Nur Rahatul Ilani serta serta beberapa orang pimpinan lain turut hadir memeriahkan majlis.
"Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pihak penganjur atas jemputan majlis ini," ujar kenyataan itu lagi.
Comments