Srikandi KEADILAN baru-baru ini menganjurkan bengkel "Pengucapan dan Drama Politik" yang menumpukan kemahiran berpidado serta komunikasi.
Menurut Kaukus Srikandi KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim, bengkel pengucapan politik untuk 50 anggota wanita muda itu menjemput Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai fasilitator.
"YB Shamsul sudi meluangkan masa mengajar dan berkongsi teknik serta isi kandungan penting untuk berkomunikasi dan menyampaikan ucapan kepada para pengundi.
"Melalui bengkel ini, peserta berpeluang mempelajari banyak perkara penting untuk menjadi seorang yang menonjol ketika berceramah serta faktor-faktor yang perlu dititikberatkan dalam penulisan dan percakapan. YB Shamsul berkata, "penting mengetahui fakta dan menjiwai emosi supaya apa yang ingin disampaikan dapat memikat jiwa pendengar"," katanya.
Tambah Raiyan, Shamsul menegaskan untuk menjadi orang politik seseorang mestilah membaca dan displinkan diri untuk membaca kerana orang hebat semuanya bermula dengan membaca
"Beliau juga memberi pelbagai cadangan buku-buku politik yang perlu dibaca oleh para peserta. Contohnya buku “Tujuh Tahun Malam Memanjang” karya Ahmad Boestamam. Beliau juga menyarankan supaya para peserta menonton ucapan yang disampaikan oleh Sukorno, mantan Presiden Republik Indonesia.
"Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman wanita muda dan Srikandi KEADILAN berkenaan seni politik dan juga pengucapan dan komunikasi politik.
"Kemahiran berucap dan bercakap amatlah penting untuk wanita muda dalam usaha memastikan mesej kami, dan perjuangan kami, boleh difahami. Semoga wanita muda dan Srikandi KEADILAN lebih berani tampil ke hadapan dan bersuara selepas ini," katanya lagi.
Comments