top of page

SPRM tumpaskan kartel diesel di Sarawak dialu alukan - Roland

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Ketegasan Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pujian berikutan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar dan menumpaskan kegiatan kartel diesel di Sarawak baru-baru ini.


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, kegiatan kartel diesel di negeri Bumi Kenyalang itu telah banyak merugikan kerajaan dan berlaku ketirisan subsidi yang sepatutnya dinikmati golongan sasar.


''Ini menunjukkan penguatkuasaan yang yang lemah di bawah rejim terdahulu.


''Di bawah Malaysia MADANI, SPRM dengan tegas mendedahkan kegiatan kartel diesel ini.


''Pendedahan ini sangat dialu-alukan, namun tindakan berkesan diperlukan segera untuk menamatkan kegiatan kartel ini, sekali gus melemahkan penguasaan kongsi gelap tersebut.


''Biar rakyat menikmati manfaat harga minyak yang diturunkan oleh Kerajaan MADANI dengan tuntas,'' katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Roland menzahirkan keyakinan beliau terhadap kemampuan SPRM dan agensi penguatkuasa yang lain dalam melaksanakan tugas secara berkesan di bawah kepimpinan PM Anwar.


Semalam, SPRM menerusi Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan terdapat penglibatan kumpulan kongsi gelap yang membabitkan kartel rasuah dan penyelewengan diesel di Sarawak yang berjaya ditumpaskan pihaknya.


Menurut Azam, siasatan SPRM mendapati syarikat yang terlibat dalam kes penyelewengan diesel merupakan syarikat berlesen, namun disyaki telah menyalahgunakan lesen tersebut.


Beliau berkata, penglibatan kumpulan kongsi gelap itu dikesan dalam kegiatan pemindahan minyak di perairan Sarawak, termasuk bagi memastikan aktiviti tersebut tidak dikesan oleh pihak berkuasa negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page