top of page

SPRM sita Menara Ilham dipercayai ada kaitan bekas menteri kanan



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita bangunan Menara Ilham, Kuala Lumpur pada Isnin lepas dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan, lapor Bernama.


Memetik sumber, laporan itu menyebut bangunan berkenaan yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat itu disita di bawah Akta SPRM 2009.


Penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian hari ini.


Menurut notis ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita bangunan Menara Ilham yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.


Arahan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah setelah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh pegawai agensi antirasuah berkenaan.


Notis itu turut melarang segala urusan berkaitan bangunan berkenaan dan mencatatkan terma notis pada dokumen hak milik bangunan tersebut di pejabat Pendaftar Hak Milik.


Menurut notis itu, individu yang tidak mematuhi notis tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta berkenaan atau RM50,000 mengikut mana lebih tinggi dan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Pada Mei lalu, SPRM dilaporkan menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.


Siasatan itu merupakan kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.


Siasatan itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page