top of page

SPRM siasat dana RM90 bilion pakej ransangan ekonomi era PM Mahiaddin Yassin



Dana yang dibelanjakan dalam pakej ransangan ekonomi pada era pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin pada 2020 lalu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut kenyataan SPRM hari ini, dana berkenaan yang berasal daripada kerajaan sebanyak RM92.5 bilion akan disiasat pengagihannya.


"SPRM telah menerima daripada Kementerian Kewangan mengenai butiran berhubung pecahan dana pakej ransangan ekonomi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid 19


"Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.6 bilion bukan daripada kerajaan," katanya.


Oleh itu, kata SPRM, siasatan hanya akan tertumpu kepada dana kerajaan yang terlibat.


"Fokus siasatan SPRM terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan. Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page