top of page

SPRM sahkan panggil bekas PM minggu ini, siasat guna dana RM700j

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 8, 2024
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri dan individu di sekelilingnya berkaitan kes penggunaan dana kerajaan sebanyak RM700 juta.


Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki memberitahu proses mengambil percakapan daripada tokoh terbabit akan dibuat pada minggu ini atau selewat-lewatnya minggu hadapan.


Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.


"Berapa jumlah mereka yang akan dipanggil, biarkan SPRM melakukannya.


"Buat masa ini, saya fikir hanya seorang bekas pemimpin negara akan dipanggil dan beberapa orang yang berada di sekelilingnya," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 iaitu 'Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional' di Sepang hari ini.


Azam berkata, perkara utama adalah bagi meneliti bagaimana duit atau dana kerajaan itu dibelanjakan serta syarikat apa yang menerimanya.


Apabila berlaku sesuatu isu, SPRM mempunyai tanggungjawab untuk membuat siasatan, katanya.


Sebelum ini laporan media menyebut SPRM telah ke Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan isu perbelanjaan dana RM700 bagi tujuan promosi kerajaan.


Siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.


Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.


Media sebelum ini juga melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page