top of page

SPR jangan tunduk kepada tekanan kerajaan PN - AMK



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan agar tidak tunduk kepada sebarang tekanan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau bersekongkol menggagalkan pelaksanaan Undi 18.


Dalam satu kenyataan, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menggesa agar SPR mengelak diri daripada dijadikan alat oleh pemerintah bagi menyekat suara anak muda yang menjadi penentu pada Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Ketua AMK Akmal Nasir, Setiausaha Pengelola AMK Chua Wei Kiat dan Naib Ketua AMK Thiban Subramaniam alasan yang dikemukakan oleh SPR sebelum ini bahawa pendaftaran pengundi automatik hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jelas mengarut dan seolah-olah direkayasa.


"Alasan ini tidak masuk akal dan mengesahkan desas-desus selama ini terdapat usaha terancang untuk menggagalkan pelaksanaan Undi 18 serta pendaftaran pengundi automatik daripada direalisasikan mengikut garis masa yang sepatutnya, iaitu pada Julai 2021.


"Ingin ditegaskan sekiranya usaha menggagalkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik diteruskan, ini adalah terang-terangan penghinaan besar terhadap Parlimen serta sistem demokrasi negara, dan sekaligus membelakangkan suara 2/3 Ahli Parlimen yang sebulat suara bersetuju agar usul itu diluluskan.


"Tambah meragukan, Pengerusi SPR turut menyebut usul yang diluluskan di Parlimen sebelum ini bertujuan untuk direalisasikan pada tahun 2023 sewaktu PRU ke-15.


"Agak hairan, bagaimana Pengerusi SPR mengetahui bila PRU ke-15 akan diadakan sedangkan Perdana Menteri memberikan komitmen bahawa PRU ke-15 akan dilaksanakan sebaik sahaja Pandemik Covid 19 terkawal dan darurat berakhir. Adakah ini bermakna darurat akan dilanjutkan?" tanya mereka.


Sehubungan itu, pimpinan AMK menyeru kepada belia yang berumur 18 tahun untuk bangkit memprotes di media sosial demi mempertahankan hak Perlembagaan mereka memilih kerajaan.


"AMK ingin menyeru kepada belia yang berumur 18 tahun pada Julai 2021 untuk bangkit bersuara di segenap medium media sosial yang ada untuk mempertahankan hak dalam lunas demokrasi yang sepatutnya menjadi milik anda, namun telah dirobek demi ketamakan kuasa kerajaan yang dibina atas dasar pengkhianatan serta dipertikaikan keabsahannya," kata mereka lagi.


AMK juga memberi amaran agar PN menghentikan segera tekanan terhadap SPR atau menjadikan agensi kerajaan sebagai perkakas politik demi mencapai kuasa.


Kata mereka, SPR diyakini mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas serta perlu bebas menjalankan tanggungjawab dan amanah negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page