Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi nasihat kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun agar tidak cuba melindungi Menteri Undang-undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang enggan menjawab pada hari ini, sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk memansuhkan Ordinan Darurat.
Menurut Anwar, persoalan ya atau tidak, Agong telah memberi perkenan akan menentukan sama ada Ordinan Darurat tersebut terbatal atau masih diteruskan dan mesti dijawab segara agar institusi kerajaan tidak mengalami krisis melaksanakan undang-undnag.
"The details (pembatalan Ordinan Darurat) saya setuju dengan Speaker. Tak apa detail lain bincanglah hari Isnin. Tetapi kita nak tau yang substantif, ini tidak boleh delay hari Isnin kerana ia menyebabkan seluruh proses perbincangan lima hari salah kerana telah batal pada 21 Julai.
"Kita dari segi tilikan, fahamlah. Kita pasti dia (Takiyuddin) tak boleh jawab. Dia tak mahu jawab.
"Dia, saya ingat mulanya kalaulah ada alasan standard 'kalau ikut proses kita tunggu sikit berapa hari, kita akan mengadap menyakinkan Tuanku Agong mendapat perkenan'. Orang boleh terima (alasan itu) tetapi itu pun tak sanggup dilakukan dan berselindung di balik Speaker
"Itu saya bangkitkan. Speaker jangan izinkan kerusi yang mulia itu melindungi menteri yang mengelirukan dewan," bidas Anwar.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, Menteri Undang-undang sama sekali tidak sepatutnya mendapat peluang berlindung di sebalik kerusi Speaker, dan beralasan peraturan telah dibuat, jawapan hanya akan diberikan pada hari Isnin.
Tambah Anwar, Speaker mempunyai kuasa mutlak dan mesti menggunakan kuasanya mengarahkan menteri menjawab segera sekiranya mahu kekal kelihatan bebas dan tidak memihak.
"Saya tidak bantah banyak, dalam hal ini saya tidak mahu krisis berterusan. Krisis kerajaan dengan institusi (penguatkuasaan) lain. Kalau tengok cara menteri jawab, saya pasti 100% belum ada perkenan Agong
"Kalau itu tidak ada, maknanya yang diumumkan menteri memang mengelirukan dewan.
"Speaker dengan kerusi yang mulia ini jangan bersekongkol dengan orang yang mengelirukan dewan. Yang kita minta dari Speaker satu, hal kecil. Kerana menteri dia jawab, Speaker kata tak bagi jawab, dia kata Isnin. Jadi saya nak keputusan, Speaker harus kata menteri boleh jawab hari ini.
"Kalau itu pun Speaker tak sanggup, saya kata ada masalah besar kita dengan Speaker kalau begitu," katanya lagi.
Comments