top of page

Speaker Dewan Rakyat lawat Huawei, teroka bidang AI



Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada Selasa berkesempatan mengadakan lawatan ke Pusat Konvensyen Huawei di Beijing sempena lawatan rasminya ke negara itu.


Menurut Johari, lawatan itu merupakan inisiatif Parlimen Malaysia bagi meneroka peluang mempertingkatkan pertukaran teknologi dan inovasi terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).


Mengulas lanjut lawatan ke syarikat gergasi teknologi China itu, Johari menyifatkannya penting dalam memupuk jalinan kerjasama antara organisasi dan perkongsian pengetahuan supaya dapat diterapkan dalam perkembangan pembangunan Malaysia.

"Keterlibatan belia dalam bidang AI bukan sekadar komitmen, bahkan suatu pelaburan yang baik untuk masa depan Malaysia dan penting kerana Asia serta ASEAN kini bergerak sebagai kuasa besar ekonomi global.


"Dalam perkembangan teknologi AI ini, kita perlu bekerjasama dengan China kerana kita ada kemampuan untuk melakukannya sebab kita ada ramai belia yang mempunyai bakat dan kepakaran," katanya dipetik.


Huawei adalah syarikat gergasi teknologi utama China yang telah melabur dan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan industri teknologi maklumat Malaysia sejak 20 tahun lepas.


Kepakaran syarikat itu termasuk perkongsian pengetahuan teknologi dalam pengkomputeran awan, AI, tenaga boleh diperbaharui dan pusat data untuk menyokong keperluan latihan.


Difahamkan Huawei telah memulakan operasinya di Malaysia untuk menyediakan latihan dan perkhidmatan sokongan teknikal serta memperkasakan ekosistem bakat digital tempatan.


Dalam lawatan kira-kira dua jam itu, delegasi Malaysia turut diberikan taklimat mengenai operasi, produk serta teknologi yang digunakan syarikat gergasi itu khususnya pengaplikasian AI dalam setiap produk serta perkhidmatan Huawei.


Dalam pada itu, Johari turut bertekad untuk bekerjasama dengan pihak yang mempunyai komitmen tinggi bagi bersama membangunkan generasi belia menerajui negara agar cabaran semasa termasuk isu kemampanan, perubahan iklim dan keterjaminan makanan dapat ditangani dengan berkesan.


0 comments

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page