SOP kempen terlalu ketat tidak diperlukan, benarkan ceramah di semua DUN - Bersih 2.0



Pertubuhan memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil, Bersih 2.0 memandang berat Prosedur Operasi Piawai (SOP) dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang masih ketat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pertubuhan itu mahu SOP berkempen lebih longgar dikuatkuasakan memandangkan SOP ketat akan bercanggah dengan undang-undang sedia ada dan merugikan sesetengah parti politik.


Untuk itu, Bersih 2.0 mahu PRN kali ini berjalan dalam suasana normal dan ceramah umum serta berkelompok yang menjadi medium menyampaikan maklumat dibenarkan di setiap DUN.


"Larangan ceramah kecuali di DUN yang kurang capaian internet adalah tidak diperlukan memandangkan 64 daripada 82 DUN (78%) dibenarkan dan hanya 18 kerusi bandar yang dilarang. SOP untuk mengadakan ceramah dengan had kapasiti 50% bagi setiap tempat atau maksimum 150 orang pada satu-satu masa perlu dibenarkan di semua DUN


"Begitu juga larangan pergerakan rentas negeri kecuali lima pemimpin tertinggi parti yang bertanding tidak perlu kerana Sarawak mempunyai keluasan negeri seperti Semenanjung dan mempunyai 82 kerusi DUN.


"Larangan ini sudah tentu bukan kerana kebimbangan perkumpulan orang ramai. Ia juga bertentangan dengan Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 yang membenarkan warganegara untuk memasuki Malaysia Timur untuk menjalankan hak politik yang sah.

"Walaupun rentas negeri ke Sarawak memerlukan kelulusan aplikasi Enter Sarawak untuk semua warga, larangan terhadap aktiviti politik hanya akan dianggap sebagai bermotif politik. Larangan ini memberi kelebihan kepada parti tempatan dan merugikan parti nasional," kata mereka.


Mengenai pengundi yang positif Covid 19, Bersih 2.0 bersetuju mereka tidak dibenar mengundi secara biasa selari dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)


Namun kata Bersih, hak untuk mengundi adalah termaktub di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.


"Bagi memastikan pengundi tersebut tidak dinafikan haknya, kami menggesa SPR menyediakan Pengurusan Pengundian Khusus (Special Voting Arrangement-SVA) kepada pengundi-pengundi ini sekiranya mereka ingin mengundi. Ia boleh dilaksanakan melalui peti undi bergerak dibawa ke tempat mereka sedang dirawat atau dikuarantin.


"Bagi individu PUI/PUS, mereka diwajibkan memohon kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebelum mereka ke pusat pengundian untuk mengundi di khemah khas. Kami mencadangkan supaya permohonan kebenaran ini dimansuhkan kerana Pegawai Kesihatan Daerah akan melanggar hak Perlembagaan rakyat sekiranya beliau enggan memberikan kebenaran.


"Keperluan bagi pengundi yang akan merentas daerah atau meninggalkan kawasan di bawah PKPD untuk memohon kebenaran daripada polis juga tidak perlu dan melanggar hak mereka. Pengundi hanya perlu menunjukkan bukti lokasi pusat pengundian sekiranya diberhentikan oleh polis," kata mereka.


Bersih 2.0 turut kecewa dengan peranan SPR, terutama mengimbau PRN Melaka yang mana media arus perdana tidak memberi air time kepada calon pembangkang dan SPR pula tidak memperjuangkan hak berkenaan.


"SPR tidak memainkan peranan lebih aktif membantu akses kepada media terutama televisyen dan radio kerajaan, di mana capaian internet yang rendah memerlukan televisyen dan radio untuk pengundi di pedalaman Sarawak," kata mereka lagi.


Justeru, memandang SPR 'tidak boleh diharap' maka untuk membantu akses media adil kepada semua parti dan calon, Bersih 2.0 akan meneruskan inisiatif #SuaraUntukSemua, bermula semasa PRN Melaka, dengan rakan media iaitu Astro Awani, Sinar Harian dan SinCHew Daily bagi menyediakan platform media sosial, media cetak dan televisyen.


Calon yang berminat boleh menghantar video di bawah 5 minit kepada Bersih 2.0 di: media@bersih.org atau Telegram, t.me/BersihOfficial.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER