top of page

Sokongan Tanjung Karang isyarat pentadbiran PM Anwar diyakini



Keputusan seorang lagi wakil rakyat pembangkang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri membuktikan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim kukuh dan diyakini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil ketika mengulas pengumuman Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi itu semalam berkata, ia sekaligus menafikan propaganda dimainkan pembangkang kononnya kerajaan akan tumbang tidak lama.


"Kita tak berhasrat untuk menarik sokongan, tapi kalau sokongan datang, bukti kerajaan berada pada landasan betul,


"Saya terima baik pengumuman tersebut tapi yang penting kita perlu buktikan kepada rakyat, kerajaan mampu selesai masalah rakyat" katanya dipetik.


Zulkafperi pada Rabu mengumumkan untuk menyokong pentadbiran Anwar.


Melalui satu kenyataan beliau menegaskan keputusannya berkuat kuasa serta-merta dibuat untuk memastikan nasib penduduk di kawasannya terbela serta mendapat pelbagai manfaat pembangunan.


Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu lain menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden KEADILAN.


Mereka terdiri Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Syed Abu Hussin kemudian tampil mendakwa, beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang turut berhasrat memberikan sokongan mereka kepada Anwar.

"Apa yang disebut (Ahli Parlimen) Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) mungkin ada kebenarannya, kita tunggu, (sebelum ini) beliau sebut tujuh hingga lapan orang, hari ini baru seorang," tambah Fahmi yang juga Menteri Komunikasi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page