top of page

Sokongan PH kepada PM bersyarat, utamakan tangani Covid 19


Sokongan yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam pertemuan bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini kelihatannya bersyarat dan hanya untuk tujuan reformasi institusi, kehakiman atau menangani pandemik Covid 19.


Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, PH dilihat berhati-hati dalam melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk kerjasama bukan politik, manakala parti-parti pembangkang lain pula sehingga kini belum dijemput untuk berbincang dengan PM.


"Pada saya ini suatu yang menarik dari pihak PH. Yang dipanggil baru ini PH sahaja. Belum tahu apa yang ingin dibawa oleh Pejuang atau Muda dan PSB kerana belum ada kenyataan yang rasmi dari mereka.


"Di pihak PH setakat ini yang jelas menganggap kerajaan yang ada hanya kerajaan transisi sahaja, untuk pergi kepada Pilihan Raya Umum ke 15, untuk kita serahkan (mandat) kepada rakyat.


"Kerajaan transisi ini tugasnya satu, untuk selesaikan masalah Covid. Bagi pihak PH kita lihat dalam tempoh yang tak banyak ini, PH tidak mahu menimbulkan kekecohan (tumpu selesaikan masalah rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, Dr Maszlee berkata, kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kerjasama PH - PM itu juga bijak dan meletakkan syarat utama, untuk menjaga kebajikan rakyat.


"(Kerjasama) menawarkan supaya kita bersama membentuk polisi bagi rakyat dan menyelesaikan masalah Covid. Sebab itu Datuk Seri Anwar keluarkan kenyataan yang ada kaveat. Iaitu kita bersetuju selagi mana polisi menguntungkan rakyat, berpusatkan rakyat.


"Maksudnya kalau kerajaan buat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat, waktu itu saya kira PH mungkin akan bersikap tegas (tarik sokongan)," katanya lagi.


Pada 25 Ogos lalu, Pemimpin PH bertemu PM Ismail Sabri di Putrajaya bagi menjayakan titah Tuanku Agong bagi mengutamakan perang melawan Covid dan kemelesetan ekonomi berbanding berpolitik.


Berikutan pertemuan itu satu persefahaman ditandatangani antara PM dan pemimpin PH untuk merefomasikan institusi, kehakiman, pentadbiran dan sebagainya bagi menurunkan suhu politik antara kerajaan dan pembangkang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page