top of page

Sokongan merosot: Hasil kajian Merdeka Centre memihak kepada Anwar



Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mahu hasil kajian firma tinjauan pendapat Merdeka Center difahami secara betul dan dilihat mengikut rentetan masa.


Mengulas hasil kajian terbaharu firma itu yang menunjukkan rating penerimaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim merosot selepas setahun pentadbirannya, Rafizi menegaskan ia bukan perkara yang asing untuk mana-mana kajian.


Malah ujar beliau, apabila sesuatu kerajaan yang mengambil alih telah mencapai tempoh pertengahan, popularitinya mesti akan jatuh, sama seperti pimpinan di Amerika Syarikat (AS).


"Pada bacaan saya, melihat dapatan daripada kaji selidik Merdeka Center tersebut, sebenarnya penilaian kelulusan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) itu adalah lebih baik daripada Perdana Menteri sebelum ini selepas setahun mereka menjadi Perdana Menteri.


"Untuk menilai suasana sebenar, kita kena membandingkan pola sokongan itu dengan Perdana Menteri lain sebelum ini," tegasnya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Sabtu.


Mengulas lanjut Rafizi, walaupun rating itu jatuh, namun sebenarnya penilaian kelulusan (Anwar) lebih baik daripada perdana-perdana menteri sebelum ini selepas setahun memegang jawatan.


Kerajaan pimpinan Anwar ketika ini, katanya, berada dalam keadaan baik berdasarkan kestabilan politik dan sokongan rakyat secara status quo.


"Tetapi yang itu tidak dibaca oleh orang ramai


"Melangkah ke hadapan, melihat semua elemen, Kerajaan Perpaduan adalah kukuh, sokongan orang ramai dan penilaian kelulusan meningkat," jelasnya.


Rabu lepas, Merdeka Center mengeluarkan dapatan kaji selidik yang menunjukkan rating penerimaan terhadap Anwar merosot selepas setahun pentadbirannya.


Firma itu berkata, hanya separuh daripada responden kaji selidik yang dijalankan pada penghujung bulan lepas itu memberikan maklum balas positif, berbanding 68% dalam kaji selidik yang dijalankan pada Disember tahun lepas, iaitu hanya sebulan selepas Anwar mula menerajui Putrajaya.


Sebagai rekod, rating kelulusan yang diterima Anwar itu lebih meyakinkan berbanding kerajaan sebelum ini, misalnya Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kira-kira 30 peratus dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 30 hingga 40 peratus.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page