top of page

Sokongan memberansangkan, 'Kalih Bagi Sama' diterima rakyat



Menjelang hari terakhir berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, angin perubahan mula dirasakan di negeri yang dianggap sebagai kubu kebal Pas itu.


Bagi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, PN yang kelihatan selesa dan memandang remeh cabaran PH serta Barisan Nasional sejak 29 Julai lalu kini semakin terdesak.


Katanya, pemimpin PN mula berkempen 'merapu' bahawa kerajaan pusat akan berubah selepas PRN, oleh itu sia sia sekiranya pengundi di Kedah menukar Kerajaan Negeri dalam pilihanraya.


"Nampak (sokongan rakyat) cukup memberansangkan kerana kita lihat tagline "Kalih Bagi Sama" sudah menangkap (di sanubari) dan diterima oleh rakyat sehingga Perikatan Nasional bawa naratif kononnya akan berlaku pertukaran kerajaan di peringkat pusat kalau PRN 6 negeri ini keputusan memihak kepada mereka


"Ini satu permainan psikologi untuk beritahu bahawa kerajaan pusat nak tukar, jadi buat apa nak Kalih Bagi Sama.


"(Maka) pakai (kerajaan) yang diperintah PN supaya nanti sama dengan kerajaan pusat," katanya kepada Suara Keadilan.


Sehubungan itu, Mahfuz yang juga calon DUN Alor Mengkudu menasihatkan pengundi supaya jangan terpengaruh dengan kempen mengarut PN berkenaan.


Katanya, kerajaan pusat tidak akan berubah biar apa pun keputusan PRN.


"Bagi kita, kerajaan pusat tak akan tukar. Itulah komitmen daripada GPS dan GRS (gabungan politik Sarawak dan Sabah), tak akan berlaku pertukaran, tak masuk akal.


"Sudah ada pindaan Perlembagaan yang menghalang untuk YB lompat parti. Tak mungkin dengan keadaan yang ada sekarang ini ada nak lompat parti, nak pergi ke sebelah sana dan akhirnya hilang kedudukan (dibatalkan kerusi). Tak masuk akal," katanya.


Sebaliknya, Mahfuz meminta rakyat Kedah berfikir masak masak agar mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan negara dengan memilih untuk menjadi pembangkang.


Beliau menyeru pengundi, terutama di sekitar Alor Setar atau kawasan berdekatan untuk melihat keadaan di ibu negeri Kedah itu, yang semakin suram suasana perniagaan.


Malah, katanya, satu kompleks membeli belah yang dibina oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, iaitu Ukir Mall terbiar begitu sahaja pada era pentadbiran Pas.


Hal itu, kata Mahfuz adalah bukti nyata kegagalan Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam mentadbir.


"Ukir Mall tempat peniagaan untuk orang Melayu. Ada 120 pintu kedai tetapi sekarang ini yang berniaga tak sampai 10 pintu.


"Sebab tak ada orang pergi. Kerajaan tak buat apa apa, PKNK tak buat apa apa, MB pengerusi PKNK tak buat apa apa untuk menarik orang ramai ke sini (bagi mengaktifkan kegiatan perniagaan)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page