top of page

Sokongan kepada PM merudum, nasib Pas tidak menentu PRU 15 - Azan Ismail



Pas yang merupakan sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan telah mengecewakan Umno, rakan dalam Muafakat Nasional akan menghadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, parti agama itu akan merasai bahana merudumnya sokongan rakyat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.


Katanya, Pas tidak boleh bergantung kepada Bersatu yang tidak jelas sokongan akar umbinya, dalam masa sama, kata beliau sokongan daripada pengundi Pas juga berkurangan kerana parti itu terlalu mempertahankan polisi 'mengarut' kerajaan PN.


"Saya rasa ini adalah zaman kejatuhan Pas paling teruk dalam sejarah.


"Sebelum ini rakyat tidak boleh menilai Pas sama ada benar-benar berkemampuan mentadbir negara atau tidak. Tetapi apabila mereka diberi peluang untuk menjadi kerajaan barulah terbukti Pas memang tidak mempunyai kapasiti atau kekuatan untuk mentadbir," kata Azan ketika dihubungi.


Bagaimanapun, menurut Azan, sekiranya Pas kembali mengutamakan Muafakat Nasional bagi menjamin sokongan Melayu-Islam kepadanya, keadaan dianggap sudah terlambat kerana ahli akar umbi dan pimpinan Umno negeri mula sangsi terhadap sikap Pas yang membelakangkan Umno sejak penubuhan kerajaan PN.


Atas sebab itu, kata Azan, di sesetengah negeri Umno enggan berunding kerusi dengan Pas dan memohon kepada Umno pusat untuk meletak calon di semua kerusi, termasuk kerusi disandang oleh Pas.


"Dengan kedudukan kerajaan PN yang sangat lemah, sokongan yang merundum dan rendah ini, Pas akan cari jalan untuk selamatkan diri. Pas akan menilai sama ada Bersatu atau Umno yang menguntungkan mereka dari segi politik.


"Tetapi bagi saya kedudukan kedua-dua belah pihak akan mendatangkan mala petaka kepada politik Pas. Hal ini merujuk di Pantai Timur apabila pimpinan Umno menyatakan parti itu akan bertanding di semua kerusi yang ditanding Pas, dan tidak ada kompromi. Saya rasa itu mala petaka besar buat Pas," ulasnya.


Untuk rekod, Umno Terengganu sejak 6 bulan lalu terus-menerus menyatakan pendirian akan bertanding kesemua kerusi Parlimen dan DUN.


Percubaan Pas Terengganu untuk berunding dan mengelakkan pertemuan 3 penjuru antara BN, PH dan PN tidak pernah berhasil biar pun PRU 15 berkemungkinan semakin hampir dan mungkin diadakan sebaik sahaja darurat tamat pada Ogos 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page