top of page

Sokongan 107 ahli parlimen hanya mewakili PH Plus




Jumlah Ahli Parlimen yang akan menyokong pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus tidak terhad kepada 107 anggota.


Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan jumlah yang disebut oleh Presiden KEADILAN dalam sesi siaran Facebook semalam adalah yang mewakili PH, Warisan dan Bersatu paksi Tun Mahathir.


Jumlah sebenar Ahli Parlimen yang menyokong PH Plus sama ada untuk mengambilalih kerajaan atau menyokong Undi Tidak Percaya ke atas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun dirahsiakan.


"Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak persoalan berkenaan jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat di pihak Pakatan Harapan, Warisan, dan kumpulan Bersatu yang bersama Tun Mahathir.


"Ingin dimaklumkan bahawa jumlah 107 Ahli Parlimen seperti yang diperjelas sewaktu sesi Facebook Live beliau pada 10 Jun 2020 adalah berdasarkan jumlah yang diwakili setiap parti yang hadir sewaktu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu dan Warisan pada 9 Jun 2020, dan belum mengambil kira Ahli Parlimen Bebas ataupun mana-mana pihak lain yang tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut," kata kenyataan berkenaan.


Sehubungan itu, siaran atau poster di media sosial yang memperlekehkan usaha PH Plus mengambilalih kuasa adalah sekadar perang saraf tentera siber PN yang sedang tertekan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page