top of page

Sokong Palestin, sekat berdagang dengan syarikat berpengkalan di Israel



Malaysia pada era pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim amat serius menyokong perjuangan Palestin dengan tidak membenarkan negara ini melakukan urusniaga bersama syarikat yang berpangkalan di Israel.


Hal itu ditegaskan oleh PM dalam ucapannya di Muktamar Masjid Se-Malaysia Untuk Pembebasan Al-Aqsa dan Palestin di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.


Katanya, pemimpin pembangkang yang mencela kerajaan semasa kerana meneruskan urusniaga dengan syarikat yang tidak berpangkalan di Israel tetapi pro-zionis sebenarnya ketika mereka memerintah telah membenarkan perdagangan secara langsung dengan syarikat berpangkalan di Israel.


"Saya sebut perkara ini secara tuntas. Kita kadang terbuai dengan slogan lunak, gunakan isu Palestin dan Gaza sebagai sepak terajang politik.


"Tidak mungkin, nyawa terkorban kemusnahan saban hari. Tidak mungkin kita izinkan orang yang ada hati nurani menjadikan isu ini satu mainan politik.


"Orang paling kuat menentang kezaliman Israel (sewaktu dalam kerajaan) masih mengizinkan perdagangan langsung dengan Israel


"Sebab itu di bawah Kerajaan Madani dibawa hal ini ke Jemaah Menteri dan Jemaah Menteri sebulat suara menghentikan segala bentuk perdagangan langsung, setelah orang terlibat mengizinkan perdagangan dengan Israel itu mencerca kita kerana ada hubungan dengan syarikat yang ada hubungan (pro) dengan Israel," katanya.


Manakala dalam catatan di Facebook pula, PM menyinggung peranan institusi masjid yang bukan sahaja perlu mengimarahkannya, malah meningkatkan kefahaman serta pencerahan kepada umat bermula di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.


"Kita harus membenamkan perbezaan kecil, meluruskan minda dan strategi, sekali gus secara tidak langsung membina kekuatan dan asas negara yang kukuh.


"Pengukuhan institusi masjid bukan sahaja menuntut tanggungjawab kita kepada Allah SWT, malah ada tanggungjawab kemanusiaan yang wajar dituntaskan, di samping meniupkan semangat serta kesedaran baharu dan menanam dalam hati sanubari umat agar tidak gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page