top of page

Sokong langkah terap budaya anti rasuah melalui pendidikan



Usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memasukkan elemen pencegahan rasuah di dalam sukatan mata pelajaran bagi pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah disambut baik.


KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan berkata, langkah itu membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat serius dalam memerangi gejala rasuah yang sudah menjadi membarah dalam sistem negara.


"Rasuah sudah menjadi satu endemik dalam negara kita seperti mana yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri, dan ia mesti dibanteras secara menyeluruh serta dipastikan supaya budaya ini dihapuskan sehingga akar umbi.


"Justeru itu langkah kerajaan memasukkan tajuk antirasuah dalam silibus pembelajaran sekolah adalah merupakan langkah yang tepat bagi mendidik generasi muda seawal kanak-kanak mengenai keburukan budaya rasuah," kata jurucakap

Biro Komunikasi dan Penerangannya, Ahmad Nadhir Yob.

Ahmad Nadhir Yob

Terdahulu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di parlimen memaklumkan semua sekolah telah diarahkan untuk memasukkan elemen pencegahan rasuah dalam sukatan pelajaran mereka.


Sekolah juga telah diarahkan supaya memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat menengah atas.


Selain itu kementerian juga telah memasukkan elemen anti rasuah dalam Modul Exemplar Pendidikan Sivik di peringkat rendah dan menengah berdasarkan empat nilai teras iaitu Kasih Sayang, Hormat-menghormati, Bertanggungjawab dan Kegembiraan.


"Dengan didikan yang berterusan dan menyeluruh diharap kita dapat melahirkan generasi baru rakyat Malaysia yang menolak budaya rasuah dan berpegang teguh kepada nilai-nilai integriti serta amanah dan kejujuran," kata Ahmad Nadhir lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page