top of page

Sogok jawatan: AMK Selangor buat laporan polis ke atas Muhyiddin




Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor membuat satu laporan polis ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan tujuan menyokong kerajaan Perikatan Nasional.


Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi berkata, Muhyiddin perlu disiasat kerana telah menggunakan kedudukannya untuk melakukan rasuah politik yang menyalahi undang-undang.


"Kenyataan menerusi Twitter rasmi Tengku Razaleigh Hamzah dan laman Facebook beliau bertarikh 14 Oktober 2020, yang mana memaparkan surat berhubung usul tidak percaya di Parlimen.


"Dalam perenggan ke-7 surat tersebut jelas menyatakan bahawa beliau (Ku Li) telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.


"Perkara ini telah menimbulkan persoalan sama ada tawaran tersebut melanggar perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada," kata Najwan dalam satu kenyataan.


AMK Selangor diwakili Dzulhilmi telah membuat laporan polis tersebut di IPD Sungai Buloh dan menuntut siasatan segera dilakukan terhadap aktiviti penyogokan yang disebut di dalam surat Tengku Razaleigh berkenaan.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page